[VIDEO] Baru Keluar Penjara, Lelaki Terduduk Di Kubur Meratapi Pemergian Ibu & Kakak

Siapa yang tidak luluh hatinya anak apabila mendapat berita tentang ibu tercinta yang telah pergi buat selamanya.

Setiap insan yang bergelar anak pasti akan merasa kecewa jika tidak sempat berjumpa dengan ibu mereka semasa hayatnya dan tidak dapat menatap ibu mereka untuk kali terakhir.

Begitulah kejadian yang berlaku kepada seorang individu lelaki ini yang telah kehilangan ibu tercinta buat selamanya, namun apa yang lebih meruntun hati apabila dia hanya mengetahui perkara itu setelah bebas dari penjara.

“Adik Tak Tahu Ibu Meninggal Dunia”

Menerusi video yang telah dikongsikan di tiktok itu, kelihatan seorang lelaki berpakaian tshirt hitam dan bertopi sedang menziarahi kawasan perkuburan ibunya. Menurut kakaknya Hera,adiknya itu baru sahaja dibebaskan dari penjara selepas enam bulan menjalani hukuman.

“Selepas enam bulan di tahanan. Hari ini dia bebas terus bawa jumpa mak.”

Katanya lagi, sepanjang adiknya berada dalam tempoh tahanan, adik lelakinya itu langsung tidak mengetahui tentang pemergian ibu mereka.

Setelah tiba di perkuburan, kakaknya memberitahu itu adalah kubur ibunya. Lantas itu, dia langsung terduduk dan menunduk sedih bagai tidak percaya bahawa kubur yang berada di hadapannya itu adalah kubur ibunya sendiri.

Adik lelakinya itu juga dilihat memeluk erat batu nisan ibu mereka seperti sedang melepaskan rindu dan menyesal akan perbuatanya selama ini.

Tidak berhenti di situ kesedihannya apabila kakaknya membawanya pergi ke sebuah kubur lagi dan diberitahu bahawa itu merupakan kubur arwah kakaknya yang baru 10 hari pergi dijemput Ilahi.

“Selepas jumpa mak, bawa dia jumpa kakak pula yang baru je pergi 10 hari, mak pula 100 hari.”

Sekali lagi adiknya terduduk dan menangis kerana tidak percaya bahawa dia telah kehilangan dua orang ahli keluarga dalam sekelip mata dan tidak sempat berjumpa mereka.

Walau bagaimanapun, kakaknya itu menasihatinya agar sabar dan redha dengan pemergiannya mereka serta dia turut memaafkan segala kekhilafan yang dilakukan oleh adiknya itu.

Kakaknya juga memohon maaf kerana tidak memberitahu hal itu kepada adiknya semasa berada di dalam penjara kerana keadaan tidak mengizinkan mereka untuk berjumpa.

“Kita kena redha adik. Kakak dah maafkan adik. Maafkan kami tak beritahu adik masa dalam penjara. Lagi-lagi PKP, keadaan tidak mengizinkan.”

Video tular di laman Tiktok

@heraalex86#kita kena redha adik… Kakak dah maafkan adik maafkan kami xbgtau adik masa dalam penjara lagi2 pkp,keadaan xmenginzan…♬ Shollallahu Ala Muhammad Cover By Abi Rafdi – TIC.IHSAN YR ♏usicall

“Kesian adek, nda sempat tgok mak pergi”

@heraalex86##rindu yg paling berat 😭 kesian adek,nda sempat tgok mak pergi 😭

♬ Bila Tiba – UNGU