Pasangan yang ingin berumah tangga pastinya inginkan majlis pernikahan yang tenang dan lancar kerana iainya adalah momen terindah bagi pasangan tersebut semasa di ijab kabul.

Namun lain pula bagi pasangan dari Indonesia ini apabila video pernikahan mereka telah tular di media sosial kerana pernikahan yang disangka bahagia bertukar menjadi rusuhan keluarga.

Menerusi video yang tular baru-baru ini, sebuah majlis pernikahan di Oimbo, Kota Bima, Indonesia dilanda kekecohan apabila pengantin lelaki ditendang oleh bakal bapa mentuanya kerana berasa marah ketika proses akad nikah berlangsung di hadapan tok imam dan ahli keluarga.

Majlis akad itu telah berlangsung pada 14 Ogos yang lalu namun baru sahaja tular di media sosial. Menurut perkongsian itu, pergaduhan itu terjadi kerana pihak pengantin perempuan berasa kesal dengan pihak pengantin elaki yang datang lambat berejam-jam lamanya.

Katanya, majlis akad nikah itu disepakati berlangsung pada jam 10 pagi namun pihak pengantin lelaki tiba lewat pada pukul 4 petang.

Akibat dari kekesalan itu, wali kepada pengantin perempuan itu menyebut perkataan ‘bote’ yang bermaksud monyet dalam Bahasa Bima selepas mengucapkan kalimah syahadah.

“Ayshadu An-la ilaha illallah, wa Ayshadu Anna Muhammadan Rasulullah, Labote!”

Mendengar ucapan itu, seorang wanita yang merupakan anggota keluarga pengantin lelaki itu menegur perbuatannya yang dikatakan melampau.

“Apa lagi yang tidak puas hati? Kenapa mahu timbulkan masalah dengan menggelar pengantin lelaki sebagai monyet. Tolong hormati keluarga kami,” kata wanita itu.

Oleh kerana tidak berpuas hati dengan teguran itu, bapa pengantin perempuan itu secara tiba-tiba mengamuk serta bangun dari duduknya dan menendang wajah pengantin lelaki di hadapannya itu.

Bukan itu sahaja, suasana bertukar menjadi riuh dan kecoh kerana masing-masing ingin mempertahankan air muka keluarga mereka.

Akibat dari kejadian tersebut, pernikahan pasangan itu sehingga kini tidak harmoni. Lebih mengejutkan pasangan pengantin itu tidak tinggal sebumbung dan pihak pengantin lelaki telah melaporkan perkara berkenaan atas dakwaaan penganiayaan.

Susulan dari perkongsian itu, netizen kesal kerana bapa pengantin perempuan itu menggunakan kata-kata yang tidak sepatutnya di akhir khalimah syahadah dan tidak perlu bertindak berlebihan namun masih bersetuju kerana pihak pengantin lelaki tidak sepatutnya lambat di hari penting sebegitu.

Video tular di laman Instagram