[VIDEO] Baru Berusia 19 Tahun, Pendapatan Remaja Ini RM50,000 Sebulan

Seorang remaja yang berusia 19 tahun telah berjaya menjana pendapatan bulanan sebanyak RM 50,000 sebulan.

Beliau yang berasal dari Kampung Hujung Tanjung, Seberang Takir ini antara pengusaha belacan terbesar di negeri ini dengan pendapatan bulanan lumayan.

Warisi perniagaan daripada arwah bapa pada usia 16 tahun

Muhammad Aimy Shahril Mat Ali, 19, mewarisi perniagaan belacan daripada arwah bapanya, Mat Ali Sulong, 63, dan ibunya, Maimun Mat Said, 50, ketika dia berusia 16 tahun pada 2017.

Walaupun beliau dikategorikan sebagai seorang peniaga berjaya namun sifatnya begitu merendah hati.

Sentiasa berpegang pada pesanan arwah ibu dan bapanya

Remaja ini juga sentiasa berpegang kepada pesanan arwah ibu bapa membuatkannya tidak hanyut dengan kemewahan dan menjalani kehidupan secara sederhana.

Melihat remaja ini, ternyata beliau berbeza dengan sebahagian ahli perniagaan berjaya lain yang berlumba-lumba menunjukkan kemewahan dengan kenderaan mewah, Aimy Shahril hanya memandu Proton Wira terpakai.

Arwah bapa berpesan jangan bermewah dan simpan duit untuk masa depan

Aimy Shahril turut berkongsi pesanan terakhir arwah bapanya supaya tidak hidup secara mewah sebaliknya menyimpan wang untuk kegunaan masa depan.

“Saya bersekolah sampai tahun lima sahaja dan belajar agama di sekolah pondok selepas itu” lapor Harian Metro.

Saya bantu bapa buat belacan pada usia 14 tahun

“Ketika musim cuti, saya akan membantu arwah bapa membuat belacan dan pada usia 14 tahun, bapa mula mengajar saya selok belok berniaga belacan”.

“Ibu meninggal dunia pada 2010 akibat barah sebelum bapa pula meninggal pada 2017 akibat penyakit paru-paru berair,” katanya ditemui di kilang menghasilkan belacan miliknya di sini, hari ini.

Memandangkan beliau merupakan anak tunggal, maka dia layak mewarisi perusahaan berkenaan.

Saya mempunyai 12 pekerja dan mereka beri kerjasama yang baik

“Pada peringkat awal, untuk menguruskan perniagaan ini memang mencabar kerana pada usia muda, saya perlu menguruskan semua termasuk berkerja dengan orang yang jauh lebih berusia”.


“Saya ada 12 pekerja berusia 18 hingga 50 tahun namun saya bersyukur kerana semuanya memberi kerjasama yang baik”.

Saya layan mereka sendiri seperti keluarga

“Saya tidak pernah menganggap diri sebagai ‘bos’ atau ketua kepada mereka tetapi mereka dilayan seperti keluarga sendiri,” katanya.

Ujar Aimy Shahril, dia bersyukur kerana berjaya mengekalkan perniagaan belacan itu sehingga jumlah pengeluaran belacan lebih tinggi berbanding lima tahun lalu.

1,000 keping belacan terjual sehari

“Sebelum ini, hanya 500 hingga 700 keping belacan dijual sehari namun kini, ia meningkat lebih 1,000 keping sehari”.

“Pasaran juga lebih luas termasuk ke Kuala Lumpur, Langkawi dan Pahang,” katanya.

Berbicara mengenai cabaran yang ditempuh sepanjang berniaga, Aimy Shahril berkata, dia pernah kerugian lebih RM8,000 selepas bahan mentah yang diterima rosak dan tidak berkualiti menyebabkan belacan dihasilkan tidak menepati piawaian.

Saya juga menjual ikan kering dan bilis

“Justeru, bagi memastikan jumlah kerugian terkawal, saya juga menjalankan perniagaan ikan kering dan bilis”.

“Alhamdulillah hasil jualan ikan kering dan bilis juga menggalakkan. Saya mampu menjual 50 hingga 200 kilogram sehari,” katanya.

Bercerita lanjut, remaja ini akan berusaha untuk mengembangkan lagi perniagaan berkenaan.

Niat utama adalah beri peluang pekerjaan kepada penduduk kampung

“Selain mengekalkan perniagaan warisan keluarga, niat utama saya juga ialah untuk memberi peluang pekerjaan kepada penduduk kampung yang memerlukan,” katanya.

Semoga kejayaan remaja ini mampu membuka mata kita semua untuk tampil lebih bersemangat mengejar cita-cita dan impian.