[VIDEO] 2 Sahabat Karib Ajal Bertembung Lori Balak, Ibu Kongsi Detik-detik Akhir Terakhir Mereka Bersama

Ajal, maut, jodoh dan pertemuan semuanya telah ditentukan olehNya. Tidak akan lambat dan awal walaupun sesaat walaupun diusia muda.

Menerusi laporan Berita Harian, dua pelajar Tingkatan Tiga maut apabila motosikal dinaiki mereka bertembung dengan lori di Kilometer 26, Jalan Utama FELDA Mempaga ke Chinta Manis, Karak di Bentong kira-kira 160 kilometer dari sini, hari ini.

Sahabat hingga ke hujung nyawa

Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Yusof Unis, berkata kejadian pada jam 7.30 pagi tadi.

Mangsa telah dikenal pasti sebagai Muhammad Fikrie Mohd Azhari dan Muhammad Haziq Iskandar Khairul Amir, kedua-duanya berusia 15 tahun dan berasal dari FELDA Mempaga Tiga, Bentong.

Motosikal dipecayai hilang kawalan dan bertembung dengan lori

Difahamkan, penunggang Muhammad Fikrie maut di lokasi kejadian manakala pemboncengnya Muhammad Haziq Iskandar disahkan meninggal dunia pada kira-kira jam 10 pagi, ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Mempaga.

“Motosikal Modenas Kriss mangsa dipercayai hilang kawalan ketika mengambil selekoh menyebabkan kenderaan itu terbabas dan bertembung dengan lori,” katanya ketika dihubungi di sini.

Ibu berkongsi video terakhir dua sahabat sebelum terkorban

Pastinya berita ini bukan mudah untuk diterima oleh kedua keluarga Allahyarham untuk menerima pemergian anak mereka pada usia yang muda.

Ibu kepada salah seorang mangsa iaitu Muhammad Haziq berkongsi video terakhir nyanyian mereka bersama yang sempat dirakam sebelum ini menerusi aplikasi TikTok.

Menerusi video tersebut, jelas terlihat keakraban kedua-duanya sewaktu sama-sama menyanyi dan bermain gitar dengan penuh fokus.

@anasuhana27Allahu..sedihnye suara arwah.. 😭hari keenam sudah berlalu arwah pergi.. stlh aku digelar ibu tunggal arwah penguat semangatku tlh pergi meninggalkn

♬ bunyi asal – Ana Suhana

Mereka dikebumikan di dalam satu liang yang sama

Sementara itu, satu lagi video memaparkan detik-detik pemergian mereka dan kedua sahabat ini telah dikebumikan dalam satu liang lahat.

Anaknya itu adalah penguat semangat ibunya untuk terus bangkit

Meskipun redha dengan pemergaian anknya, wanita itu mengakui kehilangan anak ketiga daripada 4 beradik berkenaan membuatkan dirinya terduduk.

Berkongsi kisahnya, setelah dia dan suami mengambil keputusan untuk berpisah, anak lelakinya itulah yang menjadi penguat semangat agar terus bangkit.

Saya perlu tabah demi anak-anak yang lain

Biarpun bukan mudah untuk menerima kenyataan ini, dia tetap perlu tabah demi anak-anaknya yang lain.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut menitipkan ucapan takziah kepada kedua keluarga dan meminta keluarga bersabar.

Salam takziah kepada kedua keluarga, semoga keluarga diberi kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian getir ini.