[VIDEO] “Bang! Berhenti Bang!” Peminat Terharu Pak Nil Gigih Tegur Bapa Bonceng Anak Yang Terlelap

Aznil Hj Nawawi ataupun lebih mesra dengan nama Pak Nil telah memuat naik satu video di laman Instagram miliknya.

Di dalam video tersebut Pak Nil menegur seorang ayah yang menunggang motosikal sambil membonceng anak dalam lingkungan usia 6 atau 7 tahun sewaktu beliau dalam perjalanan ke tempat kerja.

Anaknya kelihatan seperti tertidur di belakang dan membuatkan Pak Nil sangat risau dia terjatuh.

Pak Nil lantas membuka tingkap dan menegur penunggang motor tersebut supaya ‘alert’ dengan keadaan anaknya.

“Petang tadi #paknil selisih dengan seorang abang yang memboncengkan anaknya dalam usia 6 atau 7 tahun gitu.

“Masa selisih Paknil perasan anaknya seperti terlelap. Terus terfikir. Macam mana kalau anak itu terlepas tangan dari pautan badan ayahnya.

“Paknil mesti tarik perhatian ayahnya. Malang tak berbau. Jangan ambil ringan ya ayah2 ibu2 semua.

“Paknil doakan ayahnya diberi tambahan rezeki agar mampu menyediakan kenderaan lebih selamat untuk si comel itu.

Video Pak Nil Tegur Penunggang Motor:

Biodata Aznil Hj Nawawi

Datuk Haji Aznil bin Haji Nawawi (lahir 6 November 1962) atau lebih dikenali sebagai Aznil Nawawi, Aznil Haji Nawawi, Aznil atau mesra dengan panggilan Pak Nil, merupakan seorang pengacara, pelakon, penyanyi dan bekas penyampai radio di Malaysia.

Aznil berkecimpung di dalam bidang pengacaraan lebih dari 26 tahun. Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaya.

Aznil memulakan kerjaya penyiarannya pada 1990 sebagai penyampai berita dan wartawan di rangkaian televisyen swasta Malaysia, TV3.

Sepanjang bersama TV3, antara rancangan dikendaikan oleh beliau ialah Buletin Utama (sebagai penyampai berita), Melodi dan Pop Kuiz (kedua-duanya menampilkan beliau sebagai pengacara).

Bagi kerjayanya sebagai pelakon, Aznil telah membintangi beberapa kredit filem seperti Sama Tak Serupa (1995), Aku No. 1 (2004), Cicak-Man (2006), Duyung (2008) dan Magika (2010).

Pak Nil melancarkan kerjaya muziknya pada 1996 dengan pelancaran album pertama, Macam-Macam terbitan Pony Canyon dengan single hits “Jumpa Di Sana” dan diikuti oleh album kedua, Aznil terbitan KRU Records pada 2008.

Pak Nil dianugerahkan gelaran kehormat Datuk oleh Yang Di-Pertuan Agong sempena Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 2013.

Sepanjang kerjayanya dalam bidang penyiaran, Aznil telah menerima pelbagai anugerah dan penghargaan termasuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian bagi Pengacara TV Lelaki Popular, Anugerah Seri Angkasa bagi Pengacara TV Popular, dan beberapa lagi anugerah yang diterimanya.