[VIDEO] Peminat Kecil Menangis Jumpa ‘Kanda’, Lihat Bagaimana Respon Remy Ishak Layan Peminat

Remy Ishak merupakan antara pelakon lelaki paling hangat pada masa ini ekoran daripada watak-watak yang dibawa dalam drama menjadikannya kebanyakan wanita menganggap beliau sebagai lelaki idaman.

Lakonannya sebagai Megat Danish dalam drama Pujaan Hati kanda meninggalkan impak yang besar dalam diri peminat-peminat drama melayu ditambah lagi dengan lakonan Remy yang tidak pernah mengecewakan penonton.

Pasangan dua pelakon popular, Remy Ishak dan Mira Filzah terus mencetuskan fenomena pada masa ini.

Kerjasama mereka bedua di dalam Pujaan Hati Kanda sebagai teraju utama membuatkan penonton ‘excited’ terutama peminat-peminat mereka.

Jelas sekali, selepas lakonan mereka dalam drama Lelaki Kiriman Tuhan dan Pujaan Hati Kanda, agak ramai peminat yang tak boleh move on dengan babak romantis lakonan pasangan selebriti ini.

Tambahan pula, Mira Filzah pernah membuat ‘Pickup Line’ kepada Remy dalam rancangan Maharaja Lawak Mega minggu ke 11.

Ayat pickup Line Remy Ishak yang ditukar kepada ‘Remy Is My Love’ oleh Mira Filzah itu turut menjadi trending dan bualan netizen.

Terbaru, Remy Ishak memuatnaik di laman Instagram video dan foto beliau bersama peminat cilik yang menangis apabila dapat bergambar dengannya.

“terharu kanda tengok peminat kecil kanda ni menangis2 jumpa kanda.. Semoga adik berjaya dalam hidup & diberkati Allah SWT. Amin ya rabb! “

Di dalam video berdurasi kurang seminit di laman instagram itu, kana-kanak itu kelihatan sedih dan mula menangis apabila dapat bergambar dengan pelakon pujaannya, Remy Ishak.

Menurutnya, peminat menunggu sehingga lima jam untuk dapat bergambar bersama Remy Ishak pada acara di Singapura itu.

Biodata Remy Ishak

Remy Ishak dilahirkan pada 11 April 1982 di Melaka dan dibesarkan di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Sebagai anak kedua daripada sebuah keluarga yang berpecah, Remy nekad untuk berusaha membantu keluarga terutama adik-adiknya yang masih bersekolah.

Ketika berusia 18 tahun Remy Ishak mempertaruhkan nasib untuk datang mencari kerja ke Kuala Lumpur.

Remy Ishak pernah tidur di masjid untuk berteduh dari panas dan hujan. Dengan bantuan seorang kawan, Remy mendapat kerja di Hotel Mandarin Oriental.

Pada 2010, Remy menjayakan watak sebagai Inspektor Kamal dalam filem aksi perlumbaan Evolusi KL Drift 2 arahan Syamsul Yusof yang mana beliau bergandingan dengan Zul Ariffin yang memegang watak sebagai Inspektor Zam.

Filem ini ditayangkan pada 25 Mac dan mencapai kutipan pecah panggung. Selain itu, Remy melakonkan watak tajuk dalam drama Arjuna yang turut dibintangi oleh Nora Danish.

Remy Ishak terus mengorak langkah dengan drama yang cukup popular arahan pengarah dari India, Kabir Bhatia – Nur Kasih.

Dalam Nur Kasih, beliau membawa watak Adam, anak bongsu kepada Ustaz Hassan (lakonan Dato’ Jalaluddin Hassan) dan Hajah Khadijah (Liza Othman).

Drama ini sudahpun tamat disiarkan di TV3 dan ditonton oleh 5 juta penonton. Kemudiannya drama Nur Kasih telah ditayangkan pada Mei 2011 dan mendapat sambutan yang memberangsangkan.

Lakonan Remy Ishak dan Tiz Zaqyah sering mendapat sambutan oleh peminat industri tanah air.