Connect with us

Selebriti

Lihat 5 Artis Yang Memilih Hidup Berpoligami dan Bahagia Hingga Sekarang, No. 3 Memang Terbaik

Bila bicara tentang poligami sudah tentu ada antara wanita yang tidak boleh menerima hakikat ini.

Untuk berkongsi suami dengan orang lain adalah sesuatu yang pantang baginya. Namun ada juga wanita yang boleh menerima konsep hidup bermadu.

Mari kita lihat senarai enam artis yang telah mengamalkan poligami dan hidup bahagia.

1. Salih Yaacob

Salih memiliki empat isteri iaitu Norlizah Mamat Norraha Hamat, Norfara Wahida Sulaiman, dan Samihah Sheikh Amy (Emi) dan telah menimang cahaya mata ke 13 hasil perkahwinan dengan isteri keempatnya, Samihah.

Berdasarkan kronologi, perkahwinan pertama Salih berlangsung pada tahun 1980.

Setelah sembilan tahun berkahwin dan dikurniakan dua orang anak perempuan – Norliana, 25, dan Nurulazwa, 22, Salih meminta izin isterinya untuk berkahwin dengan Norlizah.

“Ketika saya mengalami penyakit misteri, saya bertemu dengan Norlizah. Setelah mengenal hati budinya dan melihat keserasiannya dengan saya, saya meminta izin isteri pertama saya ketika itu.

“Dengan izinnya, saya berkahwin dengan Norlizah pada tahun 1989. selepas kahwin, kami hidup bahagia tanpa masalah.

“Namun selepas sembilan bulan hidup bermadu, rumah tangga kami diduga. Campur tangan keluarga menyebabkan kami terpaksa bercerai.

“Walaupun saya amat sedih terpaksa berpisah dengan isteri dan dua anak tersayang, namun saya reda dengan semua itu,” cerita Salih membuka cerita duka dalam hidupnya sebelum ini.

Walaupun perkahwinan pertamanya itu berakhir dengan perceraian, namun Salih tidak pernah berdendam.

Malah, Salih tetap melangsaikan tanggungjawab memberi nafkah kepada kedua-dua anaknya itu hinggalah mereka dewasa. Anak sulungnya telah melangsungkan perkahwinan pada Disember tahun lalu.

Malah perkahwinan anak sulungnya, Norliana dengan pasangannya diuruskan oleh ketiga-tiga isteri Salih.

Mereka bukan sahaja sama-sama berganding bahu bertiga malah turut membantu bekas isteri Salih bagi memastikan majlis berlangsung dengan teratur.

“Sebagai lelaki dan suami, saya amat bersyukur kerana ditemukan jodoh dengan isteri-isteri yang amat taat kepada suami.

“Bagi saya inilah anugerah Allah SWT yang amat berharga untuk saya sebagai makhluknya. Sebenarnya bukan mudah mengemudikan tiga rumah tangga dengan aman dan damai jika tidak ada ilmu agama.

“Setiap wanita yang saya kawini bukan berlandaskan nafsu semata-mata. Tetapi mereka yang saya nikahi adalah seorang yang memahami al-Quran dan tahu hukum hakam agama.

“Selepas menikahi mereka, saya tidak tinggalkan mereka begitu saja. Saya membimbing mereka ke jalan Allah dan sentiasa berpesan kepada mereka harus ada keyakinan dan pegangan agama yang cukup.

“Sebagai seorang suami saya sentiasa berpegang pada akidah dan beriman serta beramal. Pesan saya kepada mereka mesti memahami al-Quran dan sentiasa lekat di hati.

“Bukan itu sahaja, malah saya sering mengingatkan kepada mereka bahawa apa juga yang akan berlaku adalah ketentuan Allah dan mereka harus terima,” Salih berkongsi kisah mengenai isteri-isterinya.

Menurut Salih, setiap kali berkenalan dengan wanita dia bukan setakat mengenali hatinya malah menyelami jiwanya.

“Bagi saya perkahwinan bukan cinta dan jasad semata-mata tetapi ia adalah perkahwinan dengan roh dan jiwa. Jika kita berkahwin hanya kerana jasad, apa yang akan terjadi kita akan melihat wanita lain lebih cantik daripada isteri sendiri,” akui Salih sambil tersenyum.

Disebabkan sikap keterbukaan Salih dan ketiga-tiga isterinya – Norlizah Mamat, 46, Norraha Hamat,42, dan Norfara Wahida Sulaiman, 32, hidup aman bahagia tanpa rasa cemburu atau benci.

Malah apa yang membanggakan isteri-isteri Salih hidup bagaikan adik beradik saling kunjung mengunjungi antara satu sama lain.

Perkahwinan Salih dengan Norlizah dikurniakan tiga orang anak – Irfan Izwan, 20, Irfan Sapuan,15, dan Norfarisya,12 tahun.

Salih yang berkahwin dengan Norraha pada tahun 1993 dikurniakan lima orang anak – Effa Madiha,16, Effa Najiha,13, Effa Soleha,12, Mohd. Ehsan,8, dan Effa Fateha tujuh tahun.

Norfara Wahida yang dikahwini pada tahun 2007 baru dikurniakan anak, Fara Aqeesya yang kini berusia 11 bulan.

Hidup Salih bersama tiga isterinya sebetulnya bukan saja dicemburui ramai lelaki bahkan, dia turut dikagumi jiran tetangganya.

Di sebalik kebahagiaan itu, Salih bagaimanapun tidak alpa dengan tanggungjawab yang dipikulnya. Demi memastikan dia tidak berjauhan daripada keiga-tiga isteri dan anak-anaknya, Salih membelikan rumah buat setiap isterinya di kawasan kediaman berhampiran.

Demi keadilan juga, Salih bergilir bermalam di rumah ketiga-tiga isterinya selain menjaga kebajikan mereka dan anak-anak bagi mengekalkan keharmonian rumah tangganya.

“Saya tidur di rumah isteri-isteri saya bergilir-gilir setiap satu malam. Ini bukan sahaja untuk memastikan kasih sayang kami suami isteri sentiasa berkekalan malah saya juga pentingkan anak-anak.

“Saya tidak mahu terpisah daripada anak-anak begitu lama. Jadi selepas semalam tidur di rumah isteri pertama, esoknya saya akan tidur di rumah isteri kedua dan seterusnya isteri ketiga.

“Mereka dan anak-anak tidak pernah mempersoalkan itu semua kerana tahu saya tidak pernah berat sebelah malah sentiasa adil,” katanya berterus-terang.

2. Ashraf Muslim

Ashraf mendirikan rumah tangga dengan Dayana, seorang siswazah bidang perubatan pada 30 Ogos 2011 di Mekah. Bersama isteri pertama, Ashraf baru sahaja menimang cahaya mata.

Selepas itu, pelakon filem Aku Masih Dara ini mencetuskan kontroversi apabila mengahwini Wan Sakinah Ahmad Saburi, sebagai isteri keduanya di Thailand pada 7 Julai 2013. Bersama Sakinah, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata.

Rahsia Ashraf Bahagia


Meskipun pernah dikecam hebat kerana tindakannya berkahwin dua, kini pelakon Ashraf Muslim dilabel sebagai ‘ikon poligami’ oleh netizen. Lebih-lebih lagi, Ashraf, 38, tidak menyembunyikan kebahagiaan dikecapinya bersama kedua-dua isteri dan keluarga tercinta.

Terbuka berbicara mengenai perkara itu, Ashraf berkata, perkahwinan lebih daripada satu tidak perlu dijadikan isu.

“Dalam Islam pun, tindakan poligami dibenarkan cuma ia sering menjadi isu kerana masyarakat belum boleh terima sepenuhnya.

“Biarpun saya boleh menjelaskannya secara terperinci, perkara berkaitan poligami sesuatu yang sensitif bagi orang kita.

“Jadi, apa yang boleh saya katakan, poligami akan jadi indah apabila suami mampu memimpin dengan betul,” katanya.

Ashraf pernah mengejutkan industri hiburan tanah air apabila bernikah buat kali kedua dengan wanita pilihannya, Wan Sakinah Ahmad Saburi, 34, di Thailand pada 7 Julai 2013.

Terdahulu, Ashraf bertemu jodoh dengan isteri pertama, Noor Dayana Lokman, 31, dan mereka bernikah di Tanah Suci Makkah pada 30 Ogos 2011. Hampir lima tahun melayari kehidupan poligami, Ashraf dikurniakan tiga cahaya mata.

Bersama Noor Dayana, mereka dianugerahkan seorang anak lelaki, Anas Ashraf, 3, dan dengan Wan Sakinah pula 3 orang zuriat iaitu Sarah Ashraf, 4, Adam Ashraf, 3 dan yang baru dilahirkan Saffiyah Ashraf.

3. Zarina Zainuddin

Zarina Zainuddin telah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Dr. Abdul Raihan Wan Jaafar dan bergelar isteri kedua ketika usianya baharu mencecah 22 tahun dan sehingga kini telah dikurniakan empat orang anak.

Setelah sekian lama berahsia akhirnya Zarina telah memperkenalkan madunya iaitu Datin Seri Noorhashimah Mohd. Noor.

Bahagia 25 Tahun Bermadu…

Zarina Zainuddin, 48, mengakui dia sudah 25 tahun menjalani hidup bermadu dalam suasana harmoni dengan isteri pertama suaminya.

Ibu empat anak itu memberitahu dia setuju menjadi isteri kedua selepas bertemu dan meminta restu daripada isteri pertama untuk berkongsi suami.

“Saya dahulu, ketika mahu bernikah dengan suami tidaklah merampas hak orang. Sebaik suami ajak berkahwin, saya minta padanya untuk bertemu dengan isteri pertama.

“Ketika itu, niat saya mahu berkongsi kasih dan sudah jodoh dengan suami orang. Jadi, saya kena berani bertemu dengan isteri pertama suami untuk meminta restu.

“Alhamdulillah, apa yang saya lakukan itu memberi kebahagiaan buat kami sekeluarga. Sudah 25 tahun, hubungan saya dan madu sentiasa dalam kedaaan baik,” katanya.

Menurut pelakon drama Ku Kirim Cinta ini, pada awal perkahwinan dia dan suami pada usianya 22 tahun dahulu berpaksikan simpati.

“Saya berkahwin pada usia muda ketika nama masih di puncak dalam karier seni. Saya dan suami, kami tidak bercinta sakan.

“Suami hendak berkahwin dengan saya ketika itu kerana simpati. Itu pun, suami memberitahu saya selepas tiga bulan kami berkahwin,” katanya.

Menurut Zarina lagi, dia tidak berkecil hati dengan pengakuan itu kerana yakin niat suaminya ikhlas walaupun harus bermadu.

Ujarnya, dia sangat bersyukur dipertemukan jodoh dengan suami. Malah, berkat kesabaran, sentiasa mengalah dan sedar diri sebagai isteri kedua, Allah SWT memberikan kebahagiaan buat mereka sekeluarga.

“Adat menumpang kasih, saya harus tahu kedudukan diri. Apatah lagi, tiada wanita pun yang mahu berkongsi suami.

“Sejak dari dulu, saya sangat menghormati hak madu sebagai isteri pertama suami. Susah senang memang banyak mereka lalui bersama sebelum kemunculan saya.

“Apapun, indahnya kehidupan dijalani kini, saya dan madu tinggal berjiran. Rumah kami bersebelahan dan saling membantu di antara satu dengan lain termasuk berniaga pulut kuning bersama,” katanya.

 

Zarina berkata dia dan madunya juga sering memasak bersama dan jika sibuk dengan penggambaran drama maka isteri pertama dan suami akan menjaga anak-anaknya.

Hasil perkongsian hidup Zarina dan suami, mereka dikurniakan anak kembar istimewa, Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai, 22, Muhammad Naim Azrai, 15, dan Muhammad Adam Azrai, 12.

4. Salima AF

Salima telah pun selamat bergelar isteri kepada seorang pendakwah terkenal iaitu Ustaz Syed Abd Kadir Syed Hussin Aljoofre. Salima merupakan isteri kedua buat ustaz yang telah mempunyai tiga cahaya mata bersama isteri pertamanya ketika itu.

Salima bernikah pada 30 November 2013 di kampung halamannya, Ipoh, Perak.

Sehingga kini mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.

Salima Selesa Berpoligami

Poligami tidak bermakna selamanya hidup makan hati berulam jantung. Ada antara institusi rumah tangga yang mengambil intipati poligami sebagai perkongsian hidup yang mendasari aura positif.

Hal itu diakui oleh penyanyi kelahiran Akademi Fantasia musim keempat, Nor Salima Habibi atau popular disapa Salima.

Salima telah mendirikan rumah tangga bersama seorang ustaz terkenal, Ustaz Syed Abd. Kadir Syed Hussin Aljoofre tiga bulan lalu. Dia menjadi isteri kedua kepada penceramah bebas tersebut.

Salima, 26, telah selamat diijabkabulkan dengan Abd. Kadir pada 30 November tahun lalu di kampungnya di Ipoh, Perak, menyifatkan kehidupan sebagai isteri kedua tidak banyak bezanya.

Sering orang salah tafsir bahawa menjadi isteri muda mahu lebih perhatian tapi sepanjang tempoh perkahwinan kami, saya melihat suami saya seorang yang adil.

Poligami ada hikmahnya, saya selesa dan menerima status saya sekarang. Perkahwinan ini mendidik saya menjadi seorang yang pandai bertolak ansur dan menghormati isteri pertama suami saya, katanya ketika ditemui pada sesi fotografi di Studio Utusan, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Cinta lepas kahwin

Salima menjelaskan hubungannya dengan isteri pertama suaminya baik dan mereka sering bertukar-tukar makanan dan hadiah antara satu sama lain.

Kami diperkenalkan oleh ustaz yang mengendalikan kelas Usrah Fitrah yang saya sertai. Pada mulanya saya takut sebab kami tidak pernah bertemu.

Apabila dilamar, saya tidak menyatakan keputusan sebaliknya pulang ke rumah untuk memberitahu keluarga saya. Lucunya saya dan ayah mencari dulu biodatanya di internet.

Kemudian barulah saya letakkan syarat, kalau hendak mengahwini saya perlu ikut cara sebagai wanita muslimah. Tidak mahu kahwin lari dan dia telah membuktikan bahawa dia seorang lelaki budiman,tambah Salima yang mengambil masa dua bulan untuk persiapan kahwin.

Tiada masalah, kata Salima, untuk bercinta selepas berkahwin, malah hubungan itu lebih istimewa berbanding bercinta sebelum mendirikan rumah tangga.

Suami saya seorang lelaki yang lembut tapi tegas. Sepanjang mengenalinya saya tidak pernah melihat dia marah. Kalau ada perkara yang tidak berkenan pun dia hanya tersenyum kemudian menegur secara berhemah.

Banyak perubahan yang dituntut untuk menjadi seorang isteri kepada ustaz dan saya melihat perkahwinan kami sebagai pemecah dinding yang memisahkan artis dan ulamak,ujarnya.

5. Rahim Sepahtu

Nama Rahim semakin dikenali ramai sebagai pelawak yang hebat apatah lagi menjuarai Maharaja Lawak Mega bersama kumpulan Sepahtu.

Sedikit berita terkini tentang Rahim, untuk pengetahuan dia telahpun berkahwin dua pada tahun lalu.

Isteri keduanya itu berasal dari Johor dan dikenali sebagai Lily.

Ini komen Rahim:

“Isteri pertama di Batu Pahat dan isteri kedua di Simpang Renggam.

“Saya berterima kasih kepada isteri yang memahami jadual saya. Mereka sangat bertolak ansur dan bekerjasama.

“Saya orang Klang. Mak dan ayah pula sudah tidak ada. Saya tidak ada masalah beraya. Jadi isteri saya yang jadualkan untuk pergi ke mana,”

“Sudah setahun lebih kahwin, cuma media tidak tahu. Mereka duduk berhampiran di Shah Alam. Saya berterima kasih pada isteri pertama saya,”

“Saya percaya pada jodoh,”

Rahim berkata dia bersyukur kerana mendapat isteri pertama, Norazlin yang sanggup berkongsi kasih demi membolehkannya berpoligami.

Kedua-dua isteri Rahim kini menetap di Shah Alam memudahkan urusan giliran untuk berlaku adil sebagai seorang suami.

Ditanya adakah minatnya untuk berpoligami mendapat dorongan Salih Yaacob, yang juga penyampai radio Sinar FM, Rahim segera menafikannya.

 

Follow YOY Network di laman Instagram untuk pelbagai info dan video menarik!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by YOY Network (@yoynetwork)

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.