[VIDEO] Ayah Meniaga Sambal Bilis Demi Yuran Sekolah Anak Buat Neelofa Sebak

Berat mata memandang, berat lagi mahu memikul. Sedih dan sayu melihat keadaan seorang peniaga sambal yang dikenali sebagai Azhar ini. Menerusi perkongsian yang dirakam YouTube Azfar Badrul ini mendedahkan sebuah kisah penuh suka duka seorang ayah dan suami berkorban keringat demi mencari rezeki buat keluarga. Video ini telah mendapat lebih 84ribu tontonan di laman YouTube [...]

Sebak apabila melihat keadaan seorang peniaga sambal yang dikenali sebagai Azhar ini yang kehilangan pekerjaan sejak terlibat dalam sebuah kemalangan motosikal.

Menerusi satu perkongsian yang dirakam YouTube Azfar Badrul ini mendedahkan sebuah kisah penuh suka duka seorang ayah dan suami berkorban keringat demi mencari rezeki buat keluarga.

Video ini telah mendapat lebih 84ribu tontonan di laman YouTube akaun Azfar Badrul. Difahamkan setiap hari lelaki yang dikenali sebagai Azhar ini menjual sambal bilis resipi isteri di hadapan bank di Kuala Kangsar, Perak.

Nama Azhar, seorang peniaga sambal bilis secara kecil-kecilan itu dicadangkan oleh penonton untuk muncul di YouTube Azfar Badrul sendiri.

Tujuan asal adalah bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik demi mencari sesuap nasi buat keluarga.

Difahamkan juga, Azhar telah kehilangan pekerjaan sejak terlibat dalam sebuah kemalangan motosikal ketika bersama isterinya.

“Masa tu saya bawa moto, saya accident. Dada saya terhempap. Masa tu naik dengan wife, memang ada gastrik, sakit ulu hati, jadi kalau lambat makan akan jadi pedih.

“Saya terpaksa duduk, relax dulu. Saya memang tak buat rawatan apa pun. Hanya bergantung pada ubat hospital. Sekarang dah tak ambil.

“Saya ada lima orang anak. Ini saja sumber pendapat. Saya dan isteri buat sama-sama sambal bilis ini.

“Dalam 8 bulan saya tak bayar yuran persekolahan tahfiz anak saya. Lebih kurang dalam RM2,000 juga. Ustaz tu boleh bertolak ansur. Dia kata, tak apa kalau tak bayar lagi. Bagi anak belajar dulu.

Neelofa sebak

Perkongsian petikan video di laman Twitter juga mendapat perhatian pengacara terkenal iaitu Neelofa.

Video ini dimuatnaik semua oleh pengguna Twitter iaitu Mohd Khaizil dengan mendapat tontonan lebih 356ribu. Neelofa mendoakan agar penjual sambal itu dimurahkan rezeki buat dirinya dan keluarga.

Jadi, jika anda ingin menyalurkan membantu jualan Azhar ini boleh buat tempahan Sambal Bilis Sarina Gojes di talian 013 5247800.

Lokasi perniagaannya adalah di Maybank dan CIMB Bank Kuala Kangsar, setiap hari bermula 5.00 petang hingga 7.00 malam.