“Pendapatan Youtuber kini banyak yang haram” – Ustaz Abu Syafiq

Pendakwah bebas, Ustaz Abu Syafiq telah memuat naik sekeping foto di laman Instagram miliknya berkaitan tentang Youtber.

Menurut Abu, pendapatan hasil menjadi seorang Youtuber ada yang halal dan haram namun kebanyakkannya haram.

Malah Abu juga berkata, pekerjaan itu tidak menjamin kesenangan hidup di muka bumi ini.

“Pendapatan dari Youtuber ada halal ada haram. Namun kini banyak yang haram juga.

“Menjadi seorang Youtuber bukanlah menjamin kesenangan hidup duniawi.

“Lebih ramai Youtuber yang merana berbanding yang okey sedikit,” tulisnya di Instagram (IG).

Tegas Abu, seeloknya jauhkan diri daripada fitnah kerana di luar sana banyak kerja lain yang boleh dilakukan.

“Banyak kerja di luar sana yang memerlukan anda. Jauhi fitnah Youtuber yang jenis sering memfitnah.

“Beryoutuberlah secara halal dan tidak menyusahkan diri sendiri dan keluarga,” tulisnya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ustaz Abu Syafiq (@ustazabusyafiq) on

Walau bagaimanapun, Abu tidak menyatakan siapa gerangan Youtuber yang ditujukan di dalam post berkenaan.

Pernah viral mahu saman Aliff Syukri

Sebelum ini nama Abu Syafiq menjadi perhatian apabila beliau mahu menyaman usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri dengan jumlah yang sangat besar.

“1 billion ringgit Malaysia saya akan saman Datuk Seri Aliff Syukri kerana menghina saya”, ujar Ustaz Abu Syafiq Al-Asy’ary.

Pada masa yang sama, pengasas kosmetik ini ingin mengambil tindakan undang-undang terhadap individu bernama Ustaz Abu Syafiq Al-Asy’ary.

Beliau berbuat demikian kerana Ustaz Abu Syafiq didakwa telah memuat naik status memfitnah terhadap produk keluaran beliau.

 

Ujar beliau lagi, tindakan ustaz berkenaan yang menuduh produk Aliff Syukri sebagai haram dan tidak ada kelulusan telah menjatuhkan reputasi perniagaannya.

“Kalau awak nak kata saya belut elektrik saya tak kisah, yang penting saya pakai jam berapa ratus ribu, kasut saya RM5,000, seluar dalam saya RM3,000″.

“Tapi jangan tuduh barang saya haram atau kata saya tiada kelulusan. Awak bukan tuhan nak hukum saya haram,” kata beliau lagi.

“Ingat saya keluarkan produk ini senang-senang ke? Kalau tak ada kelulusan, tak boleh keluar televisyen”.

“Saya tuntut permohonan maaf daripada ustaz yang melampau-lampau memfitnah saya di laman sosial. Saya tertekan dengan ustaz ni,” ujar beliau dalam satu sidang media.

Individu tersebut dikatakan turut mempersoalkan tindakan Aliff yang dikatakan seolah-olah cuba mengaut keuntungan hasil daripada kandungan Youtube dengan cara yang salah.