[VIDEO] “Apa yang berlaku kepada Jakel, hampir sama berlaku ke atas saya” Ustaz Abu Syafiq Beri Sokongan

Isu Jakel masih hangat diperkatakan ketika ini ekoran satu kenyataan yang dibuat telah menyentuh sensitiviti kaum menerusi Instagram.

Kenyataan yang dibuat oleh adik kepada Pengarah Urusan gedung tekstil terbesar Jakel iaitu Muzaffar Jakel yang didakwa menaikkan kemarahan orang ramai.

Ekoran itu, ada dikalangan netizen yang bertindak mahu memboikot jenama tersebut dan memilih butik pakaian jenama lain untuk persiapan sempena Syawal tidak lama lagi.

Ustaz Abu Syafiq ulas isu Jakel

Walaubagaimanapun, isu tersebut turut mendapat perhatian pendakwah sensasi, Ustaz Abu Syafiq.

Ustaz Abu Syafiq dilihat telah tampil menyatakan sokongan terhadap perniagaan gedung tekstil Jakel untuk berdepan kontroversi yang melanda jenama tersebut.

Menerusi satu video dikongsikan di Instagram, Ustaz Abu Syafiq turut mengatakan situasi yang terjadi kepada Jakel adalah sama seperti apa yang berlaku kepadanya sebelum ini.

 

View this post on Instagram

 

Ustaz Abu Syafiq Support JAKEL

A post shared by Ustaz Abu Syafiq (@ustazabusyafiq) on

Isu Jakel sama seperti yang terjadi padanya

Ujarnya lagi, ada beberapa pihak yang cuba melaga-lagakan sehingga perkara itu mengundang fitnah.

“Terbaru berkaitan dengan Jakel, apa yang berlaku kepada Jakel kali ini hampir sama apa yang berlaku ke atas saya, iaitu melaga-lagakan antara umat Islam”.

Menurutnya lagi, segala yang berlaku ini adalah fitnah di bulan Ramadan. Dalam pada itu, pendakwah itu menyatakan bahawa dia tetap akan menyokong dan membeli di Jakel.

Saya orang pertama yang menyokong Jakel

“Jadi saya ingin isytiharkan bahawa saya orang pertama yang menyokong Jakel”.

“Insya-Allah kita akan membeli kain di Jakel, kita jahit untuk pelajar-pelajar tahfiz, anak yatim dan miskin serta orang susah yang memelukan,” katanya.

Difahamkan, Muzaffar Jakel telah pun membuat satu permohonan maaf berikutan kenyataannya yang menimbulkan rasa kurang senang di kalangan masyarakat Melayu.

Menerusi kenyataan itu, Muzaffar turut memberitahu kenyataan itu berbentuk peribadi dan bukanlah mewakili dari kenyataan syarikat Jakel.