Mula-mula Masak Suka-Suka Je, Sekarang Ada Lebih 100ribu Subcribers & ‘Gaji’ Dibayar Youtube

Kini, ramai yang mula menjana pendapatan  melalui Youtube sudah menjadi satu trend di seluruh dunia termasuk negara Malaysia.

Malah, semakin ramai individu yang telah berjaya menerpa nama menerusi platform Youtube ini sehingga kejayaan mereka telah menjadikan inspirasi kepada orang lain.

Siapa Sugu Pavithra

Menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook iaitu Ibrahim Embong yang menceritakan kisah seorang Youtuber yang namanya baru sahaja meningkat naik, Sugu Pavithra.

Sugu juga fasih berbahasa melayu

Sugu Pavitha merupakan seorang suri rumah berbangsa India yang berjinak-jinak dalam menghasilkan video memasak di Youtube.

Apa yang lebih menarik adalah apabila sepanjang video tersebut kita boleh melihat kebolehan dan bakat Pavithra fasih berbicara dalam bahasa Melayu.

Selain itu, jumlah subscibernya meningkat dari hari ke hari. Kandungan video yang dihasilkan hanya untuk suka-suka ini akhirnya membuahkan hasil.

Menjana pendapatan dari youtube

Kini, dari sekadar hobi dia telah berjaya menjana pendapatan di Youtube menerusi video-video masakannya.

Bukan itu sahaja, kepelbagaian resepi masakan yang dikongsian Pavithra sememangnya mampu menarik perhatian orang ramai untuk menonton.

Pelbagai resepi dikongsikan antaranya ialah cara memasak kacang kuda, nasi ayam ‘Indian Style, resepi briyani telur dan sebagainya.

Konten yang menarik dan pelbagai

Selain itu, resepi kari ayam pencen yang dikongsikan Pavithra sejak sebulan lalu kini telah mencecah sehingga 465k tontonan.

Disamping itu, Pavithra juga menggunakan pendekatan lain dengan membawa kandungan yang berbeza-beza dalam video yang dihasilkannya.

Antaranya ialah dengan berkongsi kepada umum tentang aktiviti harian yang dilakukan mereka sekeluarga seperti bercucuk tanam, unboxing hadiah yang diterima dan sebagainya.

Diharap kisah Sugu Pavithra menjadi inspirasi buat semua dan semoga Sugu terus berjaya menghasilkan pelbagai video