[VIDEO] Anak Mengadu Panas Dalam Kelas, Ayah Terus Bawa Kipas Ke Sekolah

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah kekal selamanya. Begitulah kasih dan sayangnya ibu bapa kepada anak-anak mereka.

Apabila sesi persekolah diumumkan akan bermula, pastinya setiap ibu bapa berusaha menyediakan keperluan yang terbaik untuk anak-anak mereka terutama sekali terutama perkara yang melibatkan pembelajaran anak-anak.

Tempat belajar yang selesa buat anak-anak

Bermula dari pakaian, kelengkapan sekolah dan keperluan asas anak-anak disediakan terutaman ketika ini negara masih lagi dalam usaha menangani pandemik Covid-19.

Selain itu juga, tempat belajar yang selesa juga merupakan salah satu keperluan untuk anak-anak supaya mudah untuk mereka mengulangkaji pelajaran.

Seorang bapa hantar kipas ke sekolah anaknya

Menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik oleh seorang pengguna di aplikasi TikTok mengenai anaknya di sekolah telah mencuri tumpuan ramai.

Oleh kerana ketika ini negara sedang mengalami cuaca yang agak panas, seorang bapa telah menghantar kipas ke sekolah anaknya.

Anaknya mengadu kepanasan sewaktu di dalam kelas

Tindakan bapa itu menghantar kipas ke sekolah kerana anaknya mengadu kepanasan sewaktu dalam kelas.

Oleh kerana tidak mahu fokus anaknya terganggu di sekolah, si bapa telah membawa kipas untuk diletakkan di dalam bilik darjah anaknya.

Pegawal keselamatan sekolah pun terkejut

Perkara berkenaan harang-jarang berlaku dan boleh dikatakan tidak pernah dibuat orang sehinggakan pegawal keselaman di sekolah pun terkejut melihat aksi bapa terbabit.

Malah isteri kepada lelaki itu juga sempat berpesan kepada anaknya supaya jangan mengadu tentang suasana dalam kelas pada bapanya lagi.

Jangan complain lagi, nanti Daddy bawa peti ais pula

Wanita ini juga sempat berseloroh, takut jika ayahnya bawa peti sejuk pula ke sekolah nanti.

“Please nak, lepas ni jangan complain lagi ya. Mama risau nanti Daddy bawa sekali peti ais semua.”


Boleh kongsi dengan pelajar lain di dalam kelas

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat berkenaan dan meninggalkan pelbagai pendapat masing-masing.

Ada diantara mereka yang turut bersetuju dengan tindakan bapa berkenaan memandangkan cuaca panas di negara kita pada ketika ini.

2.5 juta tontonan setakat ini

Namun begitu, ada juga yang kurang bersetuju kerana anaknya itu bersekolah di sekolah awam.

@rosramlanPlease nak, lepas ni jangan complain lagi ya. Mama risau nanti Daddy bawa sekali peti ais semua 🤣 💜 ##daddy ##myfamily ##madamrr ##fyp ##fypシ♬ Hanya Rindu – Andmesh

Perkongsian video yang dimuat naik di aplikasi TikTok itu telah meraih 2.5 juta tontonan setelah dimuat naik.