[VIDEO] Tular Tiktok Guru Bebel Anak Murid, Netizen Mohon Jaga Imej Profesion Perguruan

Beberapa hari lepas tular satu rakaman video di aplikasi TikTok mengenai gelagat seorang guru wanita yang sedang ‘membebel’ kepada anak muridnya gara-gara bermain kain yang mempunyai cecair pembasmi kuman (hand sanitizer).

Menurut guru tersebut, dia terpaksa mengenakan denda seperti berdiri di dalam kelas kepada pelajar berkenaan selepas murid terbabit ingkar arahannya.

180 juta kali dah cikgu bagitahu

“Cikgu dah bagitahu 180 juta kali jangan main kain tuala tu dekat atas kepala, muka dan mulut.”

“Hampa tau tak cikgu letak hand sanitizer dekat tuala tu supaya tak nak ada kuman. Hampa semua boleh pula main letak dekat muka dan mulut.”

Nasihat anak murid agar tidak bermain tuala yang mengandungi hand sanitizer

Dalam video tersebut, seorang guru wanita dipercayai ‘marah’ dan memberi nasihat kepada anak muridnya agar tidak bermain dengan tuala yang mengandungi hand sanitizer.

Ini kerana, guru wanita tersebut tidak mahu sebarang perkara yang tidak diingini berlaku terhadap anak muridnya. Sepanjang video tersebut juga, guru berkenaan telah membebel terhadap pelajar berkenaan.

Cikgu-cikgu, tolonglah berhenti rakam diri

Sementara itu, menerusi satu posting yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman Facebook, beliau menasihati cikgu-cikgu agar berhenti merakam diri ketika sedang membebel kepada murid-murid.

Susulan daripada video berkenaan, seorang guru yang dikenali sebagai Mohd Ridzuan meluahkan pandangannya mengenai tindakan guru tersebut apabila merakam situasi berkenaan semasa berada di dalam kelas.

Sangat-sangat memalukan

“Cikgu-cikgu. Tolonglah berhenti rakam diri sendiri sambil membebel kepada murid-murid.”

“Dengan suara yang ‘annoying’, lepas tu buat-buat gedik, sangat-sangat memalukan.”

Tak salah nak membebel tapi tak perlu rekod

Menurut Ridzuan, sebagai seorang guru, wanita tersebut tidak salah sekiranya mahu membebel kepada pelajarnya namun, tidak perlu merakam video diri sendiri.

“Tak sesuai diamalkan. Tak salah nak membebel, tapi tak perlu rekod. Buat apa nak tunjuk satu dunia? Nak tunjuk yang cikgu-cikgu ni takde kerja asyik nak membebel je ke.”

“Kalau guna Tiktok buat kandungan mengajar masih boleh diterima. Masih ada manfaatnya.”

Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga

“Mohonlah jangan menambahkan lagi persepsi negatif masyarakat terhadap profesion keguruan. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.”

Ini kerana, video tersebut didakwa bakal mengundang kontroversi di mana guru-guru di negara ini seolah tidak mempunyai kerja dan hanya asyik membebel sahaja.

Jelas Ridzuan juga, beliau berharap para guru menggunakan medium TikTok sebaik-baiknya dan tidak menambah persepsi negatif masyarakat terhadap bidang perguruan.

Netizen terhibur dengan perwatakan garang cikgu agihkan makanan

Sebelum ini, satu video di aplikasi TikTok telah tular menjadi perhatian gara-gara video perwatakannya yang ‘garang’ di dalam kelas, sehingga membuatkan netizen terhibur.

Rakaman video di aplikasi TikTok berdurasi 30 saat itu, guru berkenaan sedang mengagihkan makanan kepada murid-murid kelas dengan menyebut nama salah seorang daripadanya.


Yang lain duduk dulu, jangan makan dulu!!

“Yang lain duduk dulu, jangan makan dulu!” kata guru berkenaan dengan nada suara dan perubahan pada mimik muka yang garang tetapi mencuit hati.

Menerusi laporan mStar Guru berkenaan, Herdiana Abdul Hamid berkata, dia tidak menyangka video yang dirakamkannya dalam kelas itu mendapat sambutan di luar jangkaan.

Saya uruskan agihan makanan kepada murid-murid

Menurut wanita berusia 33 itu bagaimanapun menjelaskan bahawa video tersebut dirakamkan ketika waktu rehat dan bukannya ketika sesi pengajaran dan pembelajaran.

“Waktu rehat pun kami amalkan SOP (prosedur operasi standard) di mana pihak kantin akan menghantar makanan yang dipesan lebih awal oleh murid-murid, ke kelas.”

“Tapi bukan semua kerana terdapat sebahagian murid yang membawa bekal dari rumah. Sebagai guru di kelas, saya menguruskan agihan makanan kepada murid-murid.”

Berpengalaman selama 10 tahun menjadi pengajar

“Saya akan pastikan semua murid akan mencuci tangan, membaca doa dan bersama-sama makan di dalam kelas mengikut SOP.”

“Saya tukar suara ala Doraemon ‘akil baligh’ tu sebab nak minta murid yang dah ada makanan dulu supaya tunggu rakan-rakan yang lain.”

Beliau merupakan guru Bahasa Inggeris bagi Tahun Satu dan Dua di sebuah sekolah rendah di Negeri Sembilan.

Saya garang mendidik murid-murid

Herdiana yang lebih dikenali sebagai Teacher Dian berkata, dia sememangnya garang, bukan sahaja di sekolah malah di rumah.

“Saya bukan garang yang buat murid-murid takut, tapi garang yang mendidik murid-murid. Sebenarnya saya seorang guru yang ceria dan kelakar.”

“Saya suka bercerita, kalau bercakap tak berhenti. Ada saja perkara yang nak cakap. Saya juga akan buatkan murid-murid gembira,” ujarnya yang berasal dari Teluk Intan, Perak.

Mak ayah pun nak tahu keadaan guru dan anak mereka di sekolah

Jelas cikgu ini, beliau baru sahaja mempunyai akaun TikTok sejak awal tahun kerana mahu mengikuti tip-tip berkaitan keibubapaan, teknik suntingan fotografi dan mekap.

“Saya fikir apa nak post di TikTok. Jadi, saya rakamlah keadaan saya di kelas. Sebab mak ayah pun nak tahu macam mana keadaan guru dan anak-anak mereka di sekolah.”

@dianjaunahcantikkayaBuang habuk sikit. Fuhh fuhh♬ original sound – DianJaunahCantikKaya

“Saya rasa kelakar sebab bagi saya video tu biasa-biasa saja. Tapi kalau ramai yang melihatnya secara positif dan terhibur, saya syukur Alhamdulillah.”