[VIDEO] “Anak ayah ke ni..” Comel Gelagat Aafiyah Bila Ayahnya Datuk K Balik

Para peminat penyanyi no 1 negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza ataupun lebih mesra dengan gelaran Tok Ti pastinya selalu mengikuti perkembangan puterinya yang comel, Siti Aafiyah.

Siti Aafiyah adalh puteri sulung bagi pasangan Tok Ti dan Datuk K yang sekian lama menunggu cahay mata bersama.

Terbaru, Tok Ti telah berkongsi video comel di mana keletah Siti Aafiyah apabila melihat ayahnya baru pulang dari kerja.

Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat Aafiyah yang sangat comel itu.

Sebelum ini, penyanyi nombor satu negara itu telah mengumumkan ulang tahun kelahiran pertama anaknya, Siti Aafiyah pada1 Rejab berdasarkan kalendar Islam.

Khabar gembira itu dikongsi Siti menerusi entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.

Menerusi kapsyen, Siti mendoakan Aafiyah agar membesar menjadi anak yang berjaya di dunia dan akhirat.

“Alhamdulillah, 1 Rejab Aafiyah dilahirkan, setahun sudah usiamu sayang, doa ibu Aafiyah menjadi anak yang berjaya dunia dan akhirat.

“Allah SWT kurniakan ‘Aafiyah’ buat anakku sayang,” tulisnya.

Semoga Siti Aafiyah membesar dengan sihat dan menjadi anak yang berjasa kepada kedua ibu bapa.