[VIDEO] “Susah untuk saya hadam apa yang dia buat” Sheila Rusly Sebak Kongsi Isu Hubungan Dengan Janna Nick

Siapa yang tidak kenal dengan Sheila Rusly ataupun lebih mesra denagan panggilan Sis Sheila, pelakon dan penerbit yang hebat dalam negara kita.

Berbicara soal perselisihan faham yang berlaku di antara beliau dan Janna Nick, Sheila mengakui sudah pun menerima dan memaafkannya.

Sebelum ini, Janna Nick juga pernah membuat kenyataan maaf secara terbuka di sebuah majlis dan permohonan maafnya itu dilihat disambut dengan baik oleh Sheila.

Melalui satu temubual oleh Media Hiburan Sheila mengakui sudah terima maaf Janna Nick dan katanya sebagai manusia biasa, dia harus memafkan seikhlas hati.

Walaubagaimanapun, menurut Sheila, dia masih tidak boleh hadam perbuatan Janna kepadanya dan keluarga.

Katanya, walaupun sebenarnya dia sayang kepada Janna, tetapi ianya terlalu peribadi untuk dikongsi.

“Tetapi buat masa ni saya masih lagi boleh hadam perbuatan dia pada saya dan keluarga. Saya sayang dia sebenarnya tapi, terlalu peribadi untuk saya kongsi.”

“Susah untuk saya hadam apa yang dia buat, itu sahaja yang saya boleh cakap. Saya bahasakan diri saya Mama dengan dia. Mama dan maafkan Janna, tidak mengapalah manusia memang akan melakukan kesilapan.”

Apabila Sheila ditanya tentang isu peribadi berkenaan sehingga menyebabkan hatinya benar-benar terguris, dalam nada sebak Sheila tidak mahu memberikan sebarang komen.

Malah Sheila akan terus mendoakan kejayaan Janna Nick.

“Tak mahu ingat saya menangis sebab orang ingat saya berlakon. Tidak mengapa, biarlah. Dia sudah selesa di tempat dia. Saya rasa kepak dia pun dah kembang dengan luasnya untuk dia terbang jauh.”

Video perkembangan hubungan dengan Janna Nick, ini jawapan Sheila Rusly.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on

Sebelum ini, Sheila Rusly dikatakan berselisih faham dengan Janna Nick sehingga mereka tidak lagi ‘follow’ Instagram antara satu sama lain.

Semoga kedua-dua selebriti ini dapat berbaik-baik semula dan menjadi tauladan buat rakan-rakan artis yang lain.