[VIDEO] “Saya rasa lapang dan tenang dengan imej baru ini” Fathia Latiff Buka Tudung

Sebelum ini kita dikejutkan dengan berita pelakon Emma Maembong membuat keputusan untuk membuka tudung.

Terbaru, pelakon yang pernah popular melalui drama Ariana Rose, Fathia Latiff telah hadir tanpa memakai tudung di sebuah pertunjukan fesyen di ibu negara.

Tanpa segan silu lagi, Fathia mengaku merasa lapang dan tenang dengan imej barunya itu.

“Saya benar-benar rasa lapang dan tenang dengan imej baru ini” kata Fathia Latif menurut laporan mStar.

Melalui Instagram Story juga dapat dilihat Fathia memuatnaik gambarnya dengan berambut pendek.

Fathia mula melibatkan diri dalam bidang lakonan pada 2009 apabila beliau memegang peranan watak pembantu dalam siri drama Nur Kasih bersama-sama dengan pelakon utamanya, Tiz Zaqyah, Fizz Fairuz dan Remy Ishak, di mana beliau memegang watak sebagai Nabila.

Video Fathia Latiff Buka Tudung

View this post on Instagram

Ujian dan Dugaan Allah😔

A post shared by Official Page of Didie Alias (@ladydidiemsia) on

 

Pada 2011, Fathia berlakon dalam filem seram Al-Hijab arahan Pierre Andre terbitan Empat Samudera Plantation Sdn Bhd, beliau memegang watak sebagai Qiss, kekasih Rafael (Pierre Andre).

Filem ini ditayangkan pada 6 Oktober 2011. Beliau turut berlakon dalam filem Nasi Lemak 2.0 arahan pengarah kontroversi, Namewee.

Dalam filem ini, beliau memegang watak pembantu sebagai isteri kedua kepada seorang nelayan yang dilakonkan oleh Afdlin Shauki dan ditayangkan di pawagam pada 8 September 2011.

Selain itu, beliau memegang watak negatif dalam Bertaut Kasih, beliau sekali lagi bergandingan dengan Ryzal Jaafar dan Fyda Ibrahim.

Antara 2009 hingga 2013, beliau berlakon dalam beberapa drama dan telefilem seperti Bila Musang Berjanggut, Ms. Cinta, Cinta Halal dan Diandra.

Pada 2014, beliau memegang watak utama dalam siri drama Ariana Rose, drama yang diadaptasi daripada novel bertajuk The Wedding Breaker karya Evelyn Rose.

Pada 2015, filem lakonannya, Darah Panas ditayangkan di pawagam pada Jun 2015 dan diterbitkan oleh White Merpati Entertainment Sdn. Bhd., beliau memegang watak sebagai Syahana.