[VIDEO] Allahu, Kakak Masuk Islam, Diikuti Adiknya & Akhirnya Satu Family Peluk Islam

Salah satu keunikan Malaysia selain makanan dan tempat yang menarik adalah kepelbagaian budaya dan agama.

Disini kita bersama-sama hidup dalam aman dan harmoni dengan keunikan budaya dan agama anutan masing-masing.

Seperti diketahui umum kita perlu saling hormat menghormati satu sama lain kerana kita hidup dalam satu negara yang mempunyai berlainan agama dan kepercayaan.

Tolak ansur yang diamalkan dan menghormati setiap sensitiviti agama setiap orang membolehkan kita hidup aman sejahtera.

Tanpa kita sedar, banyak penghijrahan golongan mualaf yang dikongsi sebelum ini. Khabar gembira ini seharusnya dikongsikan dengan seluruh rakyat Malaysia.

Satu khabar gembira mengenai penghijrahan golongan mualaf adalah mengenai kisah satu keluarga memeluk Islam secara berperingkat.

Lebih menggembirakan apabila akhirnya pasangan suami isteri yang berbangsa Cina telah melafazkan dua kalimah syahadah selepas usai solat Jumaat.

Menurut pasangan ini , mereka membuat keputusan untuk memeluk Islam apabila melihat kedua-dua anakknya mendapat hidayah dan telah memeluk Islam sejak lapan tahun yang lalu.

Akhirnya, Lengkaplah Satu Keluarga Peluk Islam

Bermula dengan penghijrahan anak perempuan mereka iaitu Mitchelle Nur Alya yang memeluk Islam pada tahun 2011.

Selepas itu, anak lelaki pasangan itu pula iaitu Vincent Choo mengikut jejak langkah kakaknya memeluk Islam pada sekitar tahun 2013

Setelah melihat perubahan yang baik pada kedua-dua anaknya setelah memeluk Islam, akhirnya pasangan ini memutuskan mahu mengikuti jejak langkah kedua anak mereka.

Saudara baru ini iaitu Michael Choo Hock Eng dan juga isterinya Verginia Pacolba Gaco Choo akhirnya memeluk Islam.

Maka, lengkahkah satu keluarga ini bermula dengan penghijrahan anak-anaknya dan akhirnya satu keluarga mendapat hidayah.

Satu perkongsian di laman sosial Facebook telah dikongsi oleh anak perempuannya mengenai khabar gembira itu.

“Alhamdulillah, esok lengkaplah satu keluarga memeluk Islam. Bermula dengan Mitchelle Nur Alya (setiausaha Alumni PSDK) yang kembali kepada Islam pada 2011, kemudian diikuti pula adiknya Vincent Choo pada 2013”.

“Dan selepas bertahun-tahun melihat kedua-dua anak sendiri mengamalkan Islam dan melihat perubahan yang baik melalui agama yang membawa rahmat itu”.

“Akhirnya *Michael Choo Hock Eng* dan *Verginia Pacolba Gaco Choo* bakal ‘dilahirkan’ semula dalam keadaan fitrah. Kedua-duanya bersatu hati untuk mengucap kalimah suci syahadah”.

Selain itu juga, satu video dikongsikan mengenai penghijrahan ini dilaman sosial Facebook TVAlhijrah  mengenai penghijrahan ini.

Semoga kita semua mendapat manfaat dan kebaikan dari perkongsian ini.