[VIDEO] Pekerja Mall Beriya ‘Belasah’ Beg Luggage, Wanita Ini Jelaskan Sebabnya

Di antara masalah utama yang sering dihadapi oleh pengguna beg luggage terutamanya selepas penerbangan adalah risiko beg rosak ataupun pecah.

Terlalu banyak laporan sebelum ini di mana beg rosak disebabkan oleh faktor kecuaian pekerja dan juga kualiti beg yang rendah.

Malah, baru-baru ini tular video pekerja di lapangan terbang yang menguruskan beg dengan cuai hingga menyebabkan kerosakan.

Perkara seperti ini menyebabkan orang ramai risau dengan keselamatan barangan berharga yang disimpan di dalam beg tersebut.

Namun, berbeza pula dengan satu video yang tular di laman Twitter ini.

Menerusi satu perkongsian oleh pengguna Twitter Umaira Haris, seorang pekerja di sebuah pusat membeli belah dilihat agresif ‘bergasak’ dengan beg luggage.

Perbuatannya itu dikatakan bertujuan untuk membuktikan luggage yang dijual oleh mereka adalah tahan lasak dan ‘unbreakable’.

“Lepas ni kalau @AirAsia hempas luggage kau mcm nak terbelah bumi pun x ada hal. Hahahaha. Unbreakable. Owh ye Luggage ni ada sale 70% dekat Aeon Midvalley. Dah la colour rose gold, patut ke aku beli?”

Rata-rata netizen terhibur dengan telatah pekerja tersebut yang dilihat bersungguh-sungguh mahu meyakinkan pembeli.

Malah ramai juga yang memuji kekuatan beg tersebut yang dilihat ternyata tahan lasak.