[VIDEO] Aksi Calon SPM Pecut 4×4 Gear Manual Jadi Perhatian

Pemanduan kereta manual bukanlah sesuatu yang menjadi pilihan ramai, namun begitu bagi sesetengah orang pemanduan kereta manual mempunyai keistimewaan tersendiri.

Walaupun pemanduan kereta manual agak mencabar akan tetapi bagi mereka yang suka bidang permotoran ia merupakan satu cabaran bagi mereka.

Gelagat santai gadis pandu kereta manual

Malah pemanduan manual juga lebih sinonim dengan kaum lelaki, namun jika ada kaum wanita yang memandu kereta manual ia merupakan satu kelebihan bagi mereka.

Begitulah juga dengan seorang gadis ini yang memilih pemanduan secara manual kerana meminati bidang permotoran.

Gadis pandu pacuan empat roda manual

Menerusi rakaman video yang dikongsikan diaplikasi TikTok, video tersebut memaparkan gadis ini sedang memandu pacuan empat roda secara manual.

Gadis tersebut menulis kapsyen yang mengakui paras rupanya mungkin tidak setanding wanita cantik diluar sana namun apa yang menarik perhatian adalah keyakinannya memandu kereta ketika itu.

Gelagat santai dan keyakinan yang tinggi memecut kenderaan yang dibawa dengan memakai seragam sekolah.

Ia lebih menyeronokkan dan beri kepuasan kepada diri

Menurut gadis ini, beliau gemar memandu kereta manual kerana ia lebih menyeronokkan dan juga memberi kepuasan kepada dirinya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dan mengakui gadis ini seorang berani mencabar diri sendiri.

Ada yang jatuh hati dengan gelagat gadis ini

Mereka turut bergurau telah jatuh hati dengan cara pemanduannya mengendalikan kenderaan tersebut dan juga gelagat santainya itu.

@ehcenah._takut ah ! 🥲 ##fyp ##xyzbca ##carracing ##form5promax ##spm2020 ##spmpromax ##foryoupage♬ original sound – rapidsongs

Posting yang dikongsikan di aplikasi TikTok itu telah berjaya meraih hampir 350,000 tontonan setelah dimuat naik.

@ehcenah._##fyp ##foryoupage ##form5promax ##spm2020♬ original sound – rapidsongs