[FOTO] Baru Berumur 22 Tahun, Naim Daniel Sudah Membeli Banglo Pertama Miliknya

Nama penyanyi Naim Daniel antara penyanyi muda yang kian meningkat naik dalam industri pada ketika ini.

Sebelum ini beliau antara pelakon kanak-kanak yang menghiburkan penonton dengan bakat lakonannya.

Namun begitu, ketika beliau telah meningkat dewasa bakat nyanyian beliau juga turut terserlah.

Mempunyai 1.2 juta pengikut di Instagram

Lagu demi lagu telah mengangkat penyanyi dan pelakon ini untuk menerpa nama dalam industri.

Beliau turut aktif di laman sosial Instagram mempunyai pengikut seramai 1.2 juta dan sering berkongsi perkembangan terbaru beliau di akaun miliknya.

 

View this post on Instagram

 

Allahuakbar. SEMBAH // ND ( featuring. @man.keedal ) LINK ON MY BIO #sembahxnaim

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx) on

Selepas diumumkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-34 pada 9 Februari lalu, penyanyi Naim Daniel meluahkan rasa syukur menerusi Instagram beliau.

Memiliki rumah sendiri pada usia 22 tahun

Penyanyi itu telah memuat naik gambar apabila telah berjaya memiliki rumah sendiri pada usia 22 tahun.

 

View this post on Instagram

 

Alhamdulillah. Bought my first house. Assalammualaikum ❤️

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx) on

 Muhammad Naim Daniel Baharin atau lebih dikenali dengan Naim Daniel memuat naik sekeping gambar dirinya dengan berlatarbelakangkan kediaman tersebut.

Alhamdullillah, bought my first house

“Alhamdulillah. Bought my first house. Assalammualaikum,” tulisnya ringkas.

Sementara itu, posting berkenaan dihujani komen rakan selebriti dan peminatnya yang rata-rata mengucapkan tahniah.

Memenangi wang tunai dan trofi menerusi lagu Sumpah

Ada juga yang turut tumpang gembira atas hasil usahanya sebagai anak seni membuahkan hasil selama ini.

Sebelum ini, Naim Daniel telah berjaya memenangi trofi dan wang tunai berjumlah RM50,000 menerusi lagu nyanyian beliau yang berjudul Sumpah.

Semoga Naim Daniel terus mencurahkan bakat beliau dalam memeriahkan industri hiburan tanah air.