Connect with us

Semasa

[VIDEO] “Adlina da besar, tapi ayah tak keluar pun” Ibu Sebak Anak Rindu Arwah Ayah

Kasih sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya tiada tandingan. Apa perasaan anak-anak kecil yang kehilangan orang tersayang. Ya, berdepan ujian kehilangan seorang bapa itu sangat berat dan pahit untuk ditelan. Tambah-tambah lagi jika anak kecil itu sangat rapat dengan arwah ayah. Bagi seorang anak yang bergantung kasih sayang kepada bapanya, suah tentu ketiadaan mereka […]

Pemergian orang yang tersayang pastinya bukan mudah untuk ditempuhi. Tidak kira orang dewasa mahupun kanak-kanak, rasa kehilangan itu pasti seolah-olah merobek hati yang pilu.

Inikan pula kanak-kanak yang masih kecil tetapi sudah kehilangan rasa kasih sayang seorang ayah.

Seperti kisah yang dikongsikan di laman Twitter ini, adik Adlina ini seorang anak yang kuat menerima ujian besar apabila ayahnya meninggal ketika berusia dua tahun lagi.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Anne Mokhtar, telatah kanak-kanak ini amat menyentuh hati netizen yang menontonnya.

Malah lebih memilukan apabila si kecil ini menanyakan kepada ibunya kenapa ayah tidak keluar dari pusaranya.

“Abang saya sudah meninggal dunia sejak tiga tahun lalu semasa Adlina baru berusia dua tahun.”

“Dia merupakan anak kecil kesayangan ayahnya. Inilah saat yang paling sukar untuk kami. Hari ini, Adlina melawat ayahnya lagi kerana dia terlalu rindukan ayahnya. Al-fatihah.”

Di dalam video tersebut, pertanyaan si cilik ini membuatkan ramai orang tersentuh hati dan sebak.

Sungguh wajah anak suci ini seperti tidak tahu ada sebenarnya yang berlaku.

Apabila Adlina bertanyakan kenapa menangis, terdengar suara ibunya bergetar menahan sebak menjawab dan menerangkan keadaan Syurga.

Adlina ternyata teruja apabila diceritakan tentang keindahan syurga yang kini menjadi ‘rumah’ ayahnya.

Rata-rata warganet turut menyatakan kesedihan dan sebak melihat reaksi anak kecil ini.

Malah ada yang berkongsi kisah yang serupa dengan adik Adlina.

Mata sy pun masuk habuk jugakk. my anak buah pulak bila pergi ke kubur arwah atuknya mesti akan tanya

” haziq dah baca doa tapi atuk tak bangun pun..”

” kenapa atuk tido dlm tanah mesti atuk sejuk”

“Kalau baca doa atuk mesti suka kan”

Dia paling rapat dgn arwah atuknya 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.