50 Tahun Menanti, Umat Islam di Slovenia Berjaya Bina Masjid Pertama

LJUBLJANA, Slovenia: Masjid pertama di Slovenia dibuka di ibu kota ini selepas berjaya mengatasi masalah kewangan dan tentangan pelampau kanan, iaitu selepas 50 tahun permohonan pembinaan dikemukakan. Penentang projek itu - termasuk pihak yang mengkritik sumbangan dari Qatar - berulang kali cuba menghentikannya, manakala kepala dan darah babi sering dicampakkan ke tapak pembinaan. Ketua Komuniti [...]

Selepas 50 tahun permohonan pembinaan dikemukakan, akhirnya Masjid pertama di Slovenia dibuka di ibu kota ini.

Usaha yang melebihi separuh abad itu akhirnya berjaya selepas mengatasi masalah kewangan dan tentangan pelampau kanan.

Projek pembinaan ini mendapat tentangan yang hebat, termasuk pihak yang mengkritik sumbangan dari Qatar.

Malah mereka cuba berulang kali menghentikannya dengan mencampakkan kepala dan darah babi sering ke tapak pembinaan masjid.

Menurut Ketua Komuniti Islam, Mufti Nedzad Grabus, pembukaan masjid itu menjadi titik tolak perubahan dalam kehidupan mereka.

“Slovenia ialah bekas wilayah terakhir Yugoslavia yang mendapat masjid, sekali gus menjadikan Ljubljana sebagai ibu negara berbanding bandar kecil di hujung dunia,”

Masyarakat Muslim membuat permohonan untuk membina masjid pada akhir 1960-an ketika ia masih sebahagian negara Yugoslavia.

Bukan mudah memperjuangkan hak agama mereka di negara majoriti Katolik itu, walaupun mendapat kebenaran pada 15 tahun lalu tetapi berdepan tentangan daripada ahli politik dan kumpulan sayap kanan, selain menghadapi masalah kewangan.

Pada tahun 2013, pembinaan masjid telah bermula dengan belanja kira-kira 34 juta euro (RM155 juta).

Kerajaan negara Qatar dilaporkan telah menderma sebanyak 28 juta euro (RM127 juta) untuk menyiapkan pembinaan tersebut.

Dibina dengan kubah besar berwarna biru, menguasai seni bina dalaman masjid itu, sekali gus menyerupai masjid terkenal seperti Masjid Biru Istanbul.

Manakala, semua bangunan itu diperbuat daripada konkrit putih digabungkan dengan besi, kaca dan kayu.

Masjid ini terletak di kawasan semi-industri Ljubljana dan mampu menampung hingga 1,400 jemaah dalam satu masa.