Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah yang dapat digambarkan buat adik ini yang juga salah seorang pesakit Covid-19.

Bukan sahaja disahkan positif Covid-19 dan jauh dengan keluarga kerana sedang kuarantin di Maeps Serdang, malah turut menerima perkhabaran menyedihkan apabila ayahnya disahkan telah meninggal dunia disebabkan virus berkenaan.

Perkara itu didedahkan oleh salah seorang pesakit Covid-19 di akaun TikTok @ayimmarley.

@ayimmarleyAllahu, adik ni baru sahaja kehilangan ayahnya disebabkan Covid19. Semoga adik ni Tabah dan kuat.Mari sama sama kita sedekahkan Alfatihah ##fypシ ##fyp♬ Mungkin Hari Ini Esok Atau Nanti – Anneth
Menulis di kapsyen :


“Allahu, adik ni baru sahaja kehilangan ayahnya disebabkan Covid19. Semoga adik ni Tabah dan kuat.Mari sama sama kita sedekahkan Alfatihah”

Menerusi perkongsian video oleh warga Twitter Fahmi, rakaman kejadian ini didakwa berlaku di Pusat Kuarantin MAEPS Serdang.

Difahamkan, kisah si adik yang kehilangan ayahnya yang juga pesakit COVID-19 mencuri perhatian seluruh ‘warga’ MAEPS ketika itu, termasuklah Fahmi yang sedang dikuarantin di sana.

Daripada riak muka, mungkin adik ini kelihatan seperti tiada apa-apa yang berlaku. Mungkin juga dia belum benar-benar faham makna apa itu kehilangan.

Atas dasar simpati dan solidariti, pihak pengurusan pusat kuarantin dibantu warga pesakit melancarkan kutipan tabung kilat buat si adik ini.

Inalillahwainnalilahirojiun. Tidak dapat dibayangkan kalau kita berada di dalam situasi adik ini. Sudah jatuh, ditimpa tangga lagi.

Apabila melihat di dalam video berkenaan, pesakit-pesakit lain yang berada di pusat kuarantin lelaki itu dilihat turut menemankan adik tersebut untuk mengutip sumbangan buat arwah bapa dan keluarganya.

Tersentuh apabila melihat pesakit-pesakit yang lain cuba memberi semangat kepada adik tersebut.

Tidak cukup dengan kutipan sumbangan, difahamkan warga MAEPS juga bersepakat menjalankan bacaan Yassin dan tahlil buat arwah ayahnya.

Apa yang membuatkan kita rasa ‘tersentuh’ ialah nilai kemanusiaan yang dizahirkan oleh mereka di sana.

Mereka sanggup meluangkan masa sebentar cuma untuk membacakan ayat suci Al-Quran sebagai ‘sedekah’ buat arwah, walaupun mereka sendiri sedang menderita melawan sakit.

Bagi yang ingin menyampaikan sumbangan, bolehlah merujuk kepada maklumat di bawah ini.

Sementara itu, ada juga warganet lain berkongsi situasi lain yang berlaku terhadap si adik ini.

Dakwa warganet ini, selain menangisi pemergian ayah buat selama-lamanya, si adik ini juga dipercayai perlu bertabah akan ujian kesihatan yang menimpa ibunya.

"Your favorite story, whatever it might be, was written for one reader." Brian Bloom, 5 to 7.