“Luluh hati ibu,” Anak Dipanggil ‘Zombiee’ Ketika Keluar Bermain, Wanita Luah Rasa Hati

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitulah nasib yang menimpa seorang kanak-kanak berusia lima tahun yang mengalami masalah sumbing muka sejak lahir.

Lebih menyedihkan, ibunya, Nurbustaniah Hussin, 25, yang juga ibu tunggal tiak mampu menampung perbelanjaan mereka kerana masih tidak bekerja ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengawal pandemik Cov-19.

Kisah mereka mendapat perhatian masyarakat termasuk seorang individu yang tampil merungkai penderitaan yang dialami.

Mari sama-sama ikuti perkongsian Sharizatul Shema Hashim di bawah:

Alhamdulillah dengan izinnya aku kuatkan diri utk ziarah anak syurga ini sebentar tadi.

Masa aku sampai dengan pakai topeng muka, dia lari ke dapur cari mak dia.Dia bagitau dia takut ada doktor datang. Alahai sayang auntie bukan doktor. Kalau ikut auntie pun tak mahu pakai topeng muka ni, naik lemas dah.

Pada yang cakap orang-orang kampung atau orang-orang sekeliling tak ambil peduli pada adik ni, tolong hentikan fitnah-fitnah anda!

Iya betul rumah anak syurga ni dalam kampung aku. Tapi memandangkan bulan Februari hari tu mereka baru balik mari tinggal sini, mana la orang yang nak kenal sangat.

Tambahan pula, sekarang ini semua orang kena berkurung kan. Ok sis tak mahu berletiaq panjang mulut manusia biasalah selagi tak kata mengata, tak sempurna hidup mereka.

Nama anak syurga ni Norhidayah Fatihah Binti Mohamad Sejawi. Umur dia 5 tahun dan mengalami Facial Cleft (sumbing muka) sejak lahir.

Setakat ni Hidayah telah menjalani pembedahan sebanyak 2 kali untuk memulihkan wajahnya.

Dia tinggal dengan ibunya yang merupakan ibu tunggal bersama-sama kakaknya yang berusia 6 tahun dan neneknya yang sudah tua. Sebelum ni mereka menetap di Klang dan baru saja pulang ke kampung pada Februari lalu.

Ibunya masih tidak berkerja sejak pulang ke kampung. Kata ibu Hidayah, beliau sangat-sangat berharap ada yang sudi menghulurkan bantuan untuk membeli susu dan juga ubat-ubatan Hidayah.

Apabila aku memberitahu yang aku ingin membantu mereka, ibu muda tersebut memesan pada aku, ‘Kak jgn masuk dalam Facebook ya, nanti teruk saya dibahan kak.

Macam sebelum ni,ada yang cakap saya gunakan anak utk raih simpati orangg dan tak nak usaha sendiri.

Saya masih berusaha mencari kerja kak tapi kak fahamlah dengan Perintah Kawalan Pergerakan ni susah lah kak’.

Aku senyum memandang ibu Hidayah dan aku katakan pada dia. ‘Nor zaman sekarang, kita susah ke senang ke cantik ke hodoh ke tetap org mengata. Jangan peduli tu semua hanya Allah yang tahu apa ada dalam hati kita.’

Dalam masa kami berborak, aku sempat usik Hidayah dengan bertanya ‘Hidayah nak sekolah tak?

Tiba-tiba air mukanya berubah seperti ada sesuatu yang menyentuh perasaannya. Ibunya memberitahu yang sebelum ni mereka selalu ke taman permainan untuk bermain.

Tetapi setelah ada anak-anak kecil yang menjerit apabila melihat wajahnya dan mengejek Hidayah dengan panggilan ‘Zombie’, dia tidak lagi mahu keluar rumah dan katanya tidak mahu ke sekolah kerana wajahnya seperti hantu.

Air mata aku tiba-tiba mengalir laju. Maafkan auntie sayang, soalan auntie tadi bukan berniat untuk menghina ciptaan Allah.

Menurut ibunya lagi pada bulan Julai nanti Hidayah akan membuat pembedahan dibahagian muka & lelangit.

Hal inilah yg membuatkan ibu muda ini sekali lagi sebak memikirkan bagaimana cara untuk mendapatkan kos rawatan yang di anggarkan sebanyak RM3000.

Aku sekali lagi berjanji akan membantu keluarga kecil ini selagi terdaya. Semoga insan kecil ini sentiasa sihat dan menjadi manusia yg berguna suatu hari nanti. Amin!

Terdahulu, Nurbustaniah memberitahu anak keduanya itu sudah menjalani tiga pembedahan sejak dilahirkan.

“Sebelum ini, saya menetap di Klang, Selangor dan lepas berpisah dengan suami pada 2017, saya berkerja selama setahun sebagai pembantu kedai. Saya terpaksa pulang ke kampung pada Februari lalu kerana perlu menjaga nenek berusia 86 tahun yang sudah uzur.

“Dalam masa sama saya perlu menjaga dan menguruskan dua anak berusia lima dan enam tahun. Kehidupan saya cuma bergantung pada saki baki wang simpanan selain mendapat bantuan dari saudara mara,” katanya ditemui selepas menerima sumbangan daripada Pengerusi Pengesahan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Parit Buntar Md Nayan Salleh.


Menurutnya, dia belum memohon bantuan daripada agensi kerajaan seperti Baitulmal atau Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berikutan pergerakannya terbatas selain terikat dengan arahan PKP.

“Jika diikutkan saya tak nak meminta-minta, namun jika ada yang nak bantu dapat susu tepung dan ubat-ubatan untuk anak saya pun sudah memadai.

“Pernah satu ketika saya tak mampu beli susu tepung dan terpaksa bancuh susu pekat manis untuknya,” katanya.

Nurbustaniah berkata, tumbesaran dan kesihatan anaknya hanya bergantung pada susu tepung dan makanan yang lembut berikutan keadaan fizikalnya.

Tambahnya, anaknya juga memerlukan rawatan susulan termasuk pembedahan sehingga berusia 18 tahun.

Sementara itu, Md Nayan berkata, bantuan awal berbentuk kewangan dan bantuan makanan termasuk susu tepung yang diperlukan sudah diberi kepada keluarga berkenaan.

“Insya-Allah kita cuba usulkan bantuan lain kepada mereka sekeluarga tergolong. Agensi kerajaan juga diharap dapat bertindak segera membantu keluarga ini berikutan selain hidup susah, mereka juga ada anak istimewa yang betul-betul memerlukan perhatian,” katanya.