Bagi pasangan yang sudah lama mendirikan rumah tangga, kehadiran cahaya mata pastinya senantiasa dinantikan.
Walau bagaimanapun, bukan semua bernasib baik dapat menimang anak seawal setahun dua perkahwinan.
Penantian 6 tahun
Itulah yang dilalui oleh pasangan ini. Perkongsian seorang doktor ini pastinya bakal menyentuh hati sesiapa sahaja yang menontonnya apabila seorang wanita ini bakal menimang cahaya mata selepas 6 tahun penantian.
Menerusi video berdurasi 03:01 saat yang dimuatnaik Dr. Thoka Muhammad di Instagram, dia menjelaskan kepada seorang wanita berusia 32 tahun terdapat 3 embrio telah dimasukkan ke dalam rahimnya menerusi rawatan IVF atau persenyawaan in vitro.
Biarpun begitu, pada awalnya ketika melakukan ultrasound, pakar obstetrik dan ginekologi ini memaklumkan hanya kelihatan 2 kantung sahaja (kantung besar, kantung kecil) dalam kandungan wanita tersebut yang membawa maksud dia berkemungkinan akan memiliki kembar 2.
View this post on Instagram
Blessed after 6 years of trying
A post shared by Dr. Thokha Muhammad (@drthokha) on
Selain itu, wanita ini turut mendengar denyutan jantung zuriat kembarnya itu. Tetapi apa yang lebih mengejutkan apabila Dr Thoka memaklumkan bahawa kantung besar dalam kandungannya itu menjadi identicial twin.
Rupa-rupanya wanita ini berpotensi memiliki kembar 3 sekaligus! Tidak dapat menahan sebak, wanita ini terus mengalirkan air mata.
Penantian dan doanya selama 6 tahun akhirnya dimakbulkan.
Rata-rata netizen teruja dengan klip tersebut dan mendoakan agar kandungannya selamat dilahirkan kelak.