[VIDEO] IVF Pertama Keguguran 3 Bulan Lalu, IVF Kedua Wanita Ini Hamil Kembar 3

Impian setiap pasangan yang sudah berkahwin pastinya menginginkan zuriat sebagai penyeri rumahtangga yang dibina.

Namun begitu, tidak semua pasangan berkahwin bernasib baik diberikan rezeki anak awal setelah mendirikan rumahtangga.

Ramai yang bertahun menunggu zuriat

Ada diantara mereka diuji dengan kesabaran menunggu cahaya mata bertahun-tahun lamanya.

Pasti pengalaman indah memperoleh cahaya mata mahu dirasai oleh semua pasangan. Usaha dan tawakal merupakan jalan terbaik bagi mencapai impian memiliki zuriat.

Satu video yang telah dikongsikan oleh Dr Thokha Muhammad di Instagram mengenai seorang wanita yang hamil setelah keguguran sebelum ini.

Selepas keguguran wanita ini hamil kembar tiga

Wanita itu berjaya hamil menerusi kaedah IVF setelah mengalami keguguran tiga bulan lalu dan disahkan hamil kembar tiga.

 Untuk kali pertama melakukan kaedah IVF(In vitro fertilisation), wanita tersebut berjaya hamil dan kandungannya hanya mampu bertahan selama 6 minggu.

Dr Thokha memberitahu bahawa wanita tersebut telah melakukan rawatan IVF sebanyak dua kali.

Rezeki IVF kali kedua

Siapa sangka rezeki milik wanita ini apabila rawatan IVF kali kedua turut berjaya dan hasilnya lebih menggembirakan apabila disahkan hamil kembar tiga.

Semasa melakukan proses imbasan kandungan, doktor memberitahu denyutan jantung ketiga-tiga janin itu normal dan berharap wanita ini menjaga kandungannya dengan baik.

Dr Tokha turut memberitahu sifat sabar dan rajin usaha merupakan kunci utama untuk setiap pasangan memperoleh zuriat.

Komen netizen yang menyentuh hati

Meninjau di ruangan komen, netizen turut berkongsi cerita dan pengalaman mereka semasa keguguran.

Netizen turut meninggalkan soalan buat doktor itu dan berharap orang ramai mendoakan keajaiban milik mereka selepas ini.

Semoga pasangan yang masih belum menerima cahaya mata diberikan rezeki merasai nikmat bergelar ibu dan ayah selepas ini.