“Betul-betul 10cm baru teran.” 3 Kali Bersalin Tanpa Jahitan, Ibu Muda Ini Kongsi Tips

Pengalaman melahirkan anak adalah satu perkara yang menakutkan dan dalam masa yang sama momen yang paling indah buat si ibu.

Setiap ibu yang menunggu masa untuk bersalin sudah pastinya inginkan proses berjalan lancar dan tidak mahu sakit kontraksi yang lama dan cuba untuk elakkan jahitan bersalin.

Menerusi satu muatnaik di laman Facebook, seorang ibu muda, Ainin Sofieya berkongsikan tips yang berguna khususnya untuk ibu yang bakal pertama kali bersalin.

Aini menceritakan bagaimana dan juga tips  berjaya lahirkan anak tanpa jahitan buat ketiga-tiga anaknya.

TIPS LAHIRKAN BABY BESAR TANPA JAHITAN

Ramai yang tanya saya siap DM lagi nak tau apa tips saya kesemua anak lahirkan normal tanpa jahitan.

  1. Ariana Sofea 3.05kg
  2. Arrian Mateen 3.9kg
  3. Ayden Mikael 3.6kg

Sebenarnya jujur saya sendiri pun lost macam ibu-ibu lain jugak bila proses nak bersalin tu kita automatik jadi hilang kawalan sebab menahan sakit yang terlampau.

Saya anggap ni rezeki saya. Tapi saya share apa yang saya tahu semoga bermanfaat untuk ibu-ibu yang bakal berjuang nanti insyaAllah.

1. Paling wajib kena tunggu FULLY DILATED dulu. Betul-betul 10cm baru boleh teran. Ramai yang masa 7cm-8cm dah teran, masa ni laluan untuk baby keluar masih sempit itu yang menyebabkan jadi koyakan.

2. Jangan angkat punggung! Haa ni selalu kita dengar kan. Tapi memang betul. Berkali-kali doctor pesan “ainin jangan angkat punggung!”

Masa tu kita dah macam tak sedar diri so penting untuk orang yang temankan kita iaitu husband dan jugak misi tolong remind and pegang lutut kita tak nak bagi angkat punggung.

3. Sapu minyak kelapa dara di perineum dan buat massage untuk bagi lembutkan kawasan tu. Tips ni saya buat untuk Arriana dan Arrian je, yang ketiga ni tak buat sebab tak sempat. Tapi alhamdulillah rezeki masih boleh lahirkan tanpa koyakan jugak.

4. Cuba untuk fokus semasa meneran tu supaya dapat teran dengan cara yang betul. Push di perut bukan di muka.

Tapi saya pun bila sakit nak teran tu datang banyak kali jugak lost focus sebab sakit sangat-sangat.

5. Posisi kena betul. Pegang kedua-dua buku lali kita, dagu di dada kemudian push. Bila pegang kaki boleh elakkan kita terangkat punggung.

Ambik nafas panjang-panjang bila contraction datang push sekuat hati dan push pun kena sepanjang yang mampu jangan terus tarik, nanti baby masuk ke dalam balik.

Ingat push di perut bukan di muka. Tu antara yang ibu-ibu boleh amalkan. Tapi ni antara faktor lain jugak.

First, doctor sendiri kena mahir untuk sambut baby tanpa koyakan. Macam gynae saya dia yang motivate cakap apa saya kena buat sebab dia tak nak ada koyakan dan dia memang aim nak saya beranak normal.

Ketiga-tiga anak saya lahirkan dengan gynae yang sama. Sampai saya rasa kalau saya bersalin dengan gynae lain belum tentu jugak saya tak berjahit.

Second, ketinggian ibu pun memainkan peranan jugak. Kalau ibu yang rendah tulang pelvis akan kecik dan sempit membuatkan baby susah nak keluar. *Correct me if i’m wrong

Okay tu je tips yang saya boleh share setakat apa yang saya tahu. Saya takde makan telur ayam ke, minum air selusuh ke atau lain-lain tips yang biasa kita dengar.

Saya focus more on cara meneran tu. Tapi ibu boleh cuba mana tahu berkesan jugak kan.

Harap tips yang saya kongsikan ni membantu.