[VIDEO] 6 Tahun Menanti, Awal Ashaari Umum Scha Alyahya Mengandung Anak Kedua

Pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Alyahya bakal menimang anak kedua tidak lama lagi.

Menerusi perkongsian di laman instagram, berita gembira itu dikhabarkan oleh anak sulung mereka Lara Alana yang memuat naik alat ujian kehamilan ibunya.

Di dalam video tersebut, Lara kelihatan gembira mengumumkan berita tersebut dan berasa tidak sabar bakal menjadi kakak tidak lama lagi.

Lara turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua

Selain itu, menerusi kapsyen Lara mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peminat keluarga mereka yang tidak jemu mendoakan mereka sekeluarga.

“Alhamdulillah, atas doa semua, Lara akan jadi kakak tak lama lagi. Terima Kasih atas doa Uncles and Aunties semua yang tak putus putus untuk Mommy and Daddy kasi adik kat Lara”.

 

View this post on Instagram

 

Salam Aidiladha dari Schawalara. ❤️

A post shared by Awal Ashaari ® (@awalashaari) on

“Adik lelaki atau Adik perempuan, Lara okay je sebab Lara tak sabar nak ada kawan untuk bermain! Doakan kesihatan Mommy dan Adik Lara dalam perut tu ok”.

Panjat rasa syukur

Sementara itu, menerusi Instagram Awal dan Scha pula, mereka telah memanjatkan rasa syukur diatas kehamilan kedua Scha selepas lama menanti.

Hadiah hari lahir

“Assalamualaikum wbt. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani”.

“Tidak ada hadiah yang lebih bermakna dihari lahir saya selain daripada berkongsi kegembiraan ini dengan semua”.

“We are expecting our second baby, and Inshallah going to our forth month now” tulisnya.

Doakan mommy dan baby sihat

“Doakan Mommy dan baby sihat dalam kandungan dan dapat menjalani kehamilan dengan sempurna. Syukur ya Allah diatas rezeki ini dan Doakan Yang terbaik buat kami sekeluarga”.

Tahniah atas kedatangan cahaya mata baru buat pasangan ini dan semoga Scha serta baby dalam keadaan sihat hendaknya.