“Mama semua orang datang dengan abah..” Siti Nordiana Sebak Bila Anak Tanya Tentang Ayahnya

Siti Nordiana mengakui  berasa sebak sebaik sahaja diajukan pertanyaan oleh anaknya, Muhammad Rayyan Nakhaie berkenaan dengan bapanya, Allahyarham Mohd Faizal Mohd Yusop.

 

View this post on Instagram

 

My baby boo 😍Harap2 rayyan x baca caption ni . Confirm mama kena marah 😝

A post shared by Siti Nordiana Alias (@sitinordiana) on

Menurut penyanyi itu yang mendedahkan perkara itu menerusi program Rumah No 107 yang bakal bersiaran pada Jumaat ini.

Arwah abah Rayyan meninggal ketika umur dua tahun tujuh bulan

Penyanyi Siti Nordiana atau lebih mesra dengan panggilan Nana memberitahu sukar untuk dirinya menjawab pertanyaan yang diajukan Rayyan.

 

View this post on Instagram

 

Saturdate ❤️

A post shared by Siti Nordiana Alias (@sitinordiana) on

“Ryan masa arwah abah dia meninggal umur dia baru dua tahun tujuh bulan, dia masih belum faham lagi”.

“Tapi apabila sudah masuk sekolah dia ada bertanya pada saya juga, sebab kadang-kadang saya hantar sendiri ke sekolah jadi dia bertanya”.

Mama semua orang datang dengan abah

“Mama semua orang datang dengan abah dia, Rayyan sahaja datang dengan mama. Itulah soalan yang paling susah saya nak jawab sebenarnya”.

“Saya jawab, Rayyan abahkan dah tak ada. Tak apa Rayyan jangan lupa baca Al-Fatihah untuk abah”.

“Abah memerlukan doa Rayyan supaya abah senang dekat ‘sana’. Bila saya cakap macam tu barulah dia faham”.

Kawan-kawan dia ada abah

“Tetapi dia jarang bertanya berkenaan hal itu, cuma sebelum ini mungkin dia bertanya sebab dia melihat kawan-kawan dia ada abah,” kata Nana sebak.

Terdahulu, Nana mendirikan rumah tangga dengan pelakon drama, Mohd Faizal Yusup pada 29 April 2006.

Pasangan ini kemudiannya dikurniakan seorang anak lelaki bernama Muhammad Rayyan Nakhaie, pada 21 Mac 2008.

Walaubagaimanapun pasangan ini kemudiannya mengambil keputusan untuk bercerai pada 14 September 2009. Faizal meninggal dunia pada 1 Januari 2011 akibat serangan jantung.

Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata netizen turut memberikan semangat kepada Nana dan anaknya.