[FOTO] Selamat Lahirkan Anak Perempuan, Fasha Sandha Muatnaik Gambar Bayi

Seperti yang diketahui umum, pasangan selebriti Fasha Sandha dan Aidil Aziz sedang menanti kemunculan cahaya mata baru mereka.

Aidil mohon doakan isteri dan bayi mereka

Sejak semalam telah tular di media sosial gambar pelakon Fasha Sandha sudah dimasukkan ke wad bersalin.

Malah menerusi Instagram, Aidil turut berkongsi gambar tersebut dan meminta orang ramai mendoakan isteri dan bayi mereka.

“Doakan agar urusan kami dipermudahkan yer. Maaf sekiranya ada salah & silap. Terima kasih kepada semua yg sentiasa memberi support & sentiasa mendoakan yg terbaik”. 

Fasha Sandha selamat lahirkan bayi perempuan

Pada hari ini bersamaan dengan 7 Ogos 2020 pelakon Fasha Sandha dikatakan telah selamat melahirkan bayi perempuan.

Perkhabaran gembira itu dikongsikan oleh suaminya, pelakon Aidil Aziz menerusi Instagram miliknya sebentar tadi.

 

View this post on Instagram

 

Good Morning Followers🌈 . @fashasandha #aidilfasha

A post shared by Aidil Aziz. (@itsaidilaziz) on

Fasha dan bayi dalam keadaan selamat

Menerusi perkongsian itu, Aidil meluahkan rasa syukur bayi mereka dan Fasha dalam keadaan sihat.

Aidil turut menitipkan ucapan terima kasih buat isterinya yang bertarung nyawa melahirkan anak mareka.

Terima kasih isteriku atas kandungan selama ini

“Alhamdulillah ‘Baby A’ selamat dilahirkan & sehat. Syukur Ya Allah. Alhamdulillah di atas rezeki ini”.

Malah, Aidil berkata dia mengambil cuti sebulan untuk menjaga isterinya berpantang. Dalam entri itu, Aidil berkongsikan sebahagian wajah anak perempuannya yang dipanggil ‘Baby A’.

Aidil cuti sebulan jaga dan temankan Fasha berpantang

“Terima kasih isteriku @fashasandha di atas kandungan selama ini. I cuti sebulan jaga dan teman u berpantang ok”.

“Terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus mendoakan untuk kami. Semoga Allah perluaskan lagi rezeki kalian, Amin”.

 

View this post on Instagram

 

. We are family❤️. Soon bertambah sorang lagi😁🤲.

A post shared by Aidil Aziz. (@itsaidilaziz) on

Harap Allah dapat balas kebaikan anda semua

Aidil turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada mereka yang tidak putus mendoakan buat kesejahteraan isteri dan anaknya serta berharap Allah dapat membalas dengan kebaikan kepada semua.

Terdahulu, Fasha berkahwin dengan Aidil pada 30 Mac tahun lalu dan kehamilan ini adalah bayi pertama mereka selepas keguguran sebanyak dua kali.

Rata-rata netizen turut mengucapkan tahniah dan mengucapkan selamat berpantang kepada pelakon itu.