Ustazah ‘Terlebih Aktif’ Ambil Kehadiran Murid, Gelagatnya Buat Netizen Berdekah!

Sejak sesi persekolahan bermula, pelbagai gelagat murid yang dapat kita lihat, menangis tak mahu masuk ke kelas, ada yang menangis bila nak balik sebab tak puas berjumpa kawan-kawan di sekolah dan bermacam lagi ragam.

Bagi membuatkan pelajar lebih bersemangat, guru-guru juga memainkan peranan untuk lebih mesra bersama pelajar dan tidak terlalu ‘strict’ apatah lagi jika dia pelajar sekolah rendah. Pastinya akan mengambil masa untuk mencuri tumpuan mereka.

Sama dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana telatah seorang Ustazah yang mengambil kehadiran anak didiknya mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @noorunsaadah, kelihatan ustazah itu sedang bertugas untuk mengambil kehadiran dan mengutip duit murid-muridnya.

Namun apa yang membuatkan ramai terhibur adalah, ustazah tersebut dilihat sangat bersemangat menyebut satu per satu nama anak muridnya yang panjang dan complicated itu.

Lebih menyeronokkan, Setiap kali dia menyebut nama murid dan ingin menandakan kehadiran mereka, dia akan menjerit dan menepuk tangan seolah-olah seronok melihat mereka datang ke kelas. Malah, dia siap menyuruh anak muridnya sama-sama menepuk tangan dengannya.

Video yang tular di laman TikTok:

@noorunsaadahkejalutan berlaku😆😛

♬ original sound – Noorun Saadah

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 888.7K tontonan, 56.2K tanda suka, 3249 komen dan 3195 perkongsian di applikasi TikTok.

“Selalu cikgu yang macam ni bila hari guru paling dapat banyak hadiah sebab jadi fav murid2”- Netizen

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netozen terhibur melihat semangat semula jadi yang ada di dalam diri ustazah ini dan secara tidak langsung ianya boleh membuatkan murid lebih bersemangat untuk datang ke sekolah.

“Sesi tulis kehadiran pun dah penat”

“memang kelakar masa mengajar anak pdpr online.. sampai mak2 pun ternganga tengok ustazah ni terlebih aktif”

“seksa cikgu nak sebut nama panjang2 sampai tersembor2”


“me bila jadi lecturer in future”

“semangat dapat cikgu macam ni.. rindunyaa nak jadi budak-budak balik”

“susahnya nak sebut nama budak-budak sekarang”

“sangat luar biasa cikgu ni.. bukan murid dalam tu jadi semangat belajar.. saya tengah tengok ni pun rasa nak je join masuk kelas cikgu tu..”