Lebih Setahun Terpisah, Anak Menangis Lihat Ayah Depan Pintu Rumah Buat Ramai Sebak

Oleh kerana wabak pandemik yang melanda dunia, pintu sempadan Singapura dan Malaysia terpaksa ditutup ekoran ingin membendung penularan wabak dan sekaligus menyebabkan ramai yang terpisah dengan ahli keluarga masing-masing malah suami isteri juga perlu PJJ buat satu tempoh yang agak lama.

Pun begitu, khabar baik telah diumumkan dimana pintu sempadan dibuka pada 1 April dan membolehkan semua berjumpa ahli keluarga masing-masing setelah satu tahun lebih tidak bersua muka.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang isteri merakamkan reaksi sayu bercampur gembira anaknya yang melihat ayahnya pulang ke Malaysia.

Difahamkan, mereka sudah tidak bertemu selama 1 tahun 2 bulan dan anaknya langsung tidak tahu ayahnya akan pulang pada hari tersebut.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @sisyan_collections, dia membuat kejutan kepada anaknya dengan meminta anak lelakinya itu membuka pintu kononya ada rider yang hendak menghantar makanan.

Namun suasana bertukar sedih apabila anaknya tidak dapat menahan sebak setelah melihat wajah ayahnya yang pulang ke tanah air.

“Mama suruh Awish buka pintu konon ambil makanan daripada Foodpanda..Awish terkejut tengok papa depan pintu.. Awish tak tahu yang papa nak balik harini..”

“Sebulan mama simpan rahsia yang papa nak balik ni dari Awish.. Setiap hari Awish tanya bila papa nak balik and finally.. penantian yang berakhir.. perpisahan angkara pandemik” ujarnya lagi.

Video yang tular di laman TikTok:

@sisyan_collections Penantian Yang Berakhir…… Perpisahan Angkara Pandemik #borderclosure #malaysiasingapore #pjj ♬ PENANTIAN ARMADA – sadvibes🥀

Ketia artikel ini ditulis, video pendek berdurasi 46 saat itu telah meraih 258.8K tontonan, 20.4K tanda suka, 1091 komen dan 414 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen sebak melihat si anak yang sangat merindui ayahnya setelah 1 tahun 2 bulan tidak berjumpa.

Dalam masa yang sama, para netizen juga turut berkongsi pengalaman yang sama dan ada juga yang masih menunggu ketibaan orang yang tersayang ke tanah air.

Berikut merupakan komen warga maya: