Ustazah Muda Berjaya Peroleh Gelaran ‘Syahadah Ula Al- Fateh’, Layak Mengajar Tahfiz Di Seluruh Dunia

Sebagai umat Islam, amatlah kita digalakkan untuk memiliki hafalan al-Quran. Dan sudah semestinya, memiliki 30 juzuk hafalan al-Quran merupakan suatu perkara yang amat diidamkan oleh semua individu yang beragama Islam.

Memetik laporan Siakap Keli, seorang ustazah muda berjaya mendapat gelaran ‘Syahadah Ula Al- Fateh’ dan layak mengajar tahfiz di seluruh dunia.

Iman binti Mohd Asri, 24, mampu menjadi idola bagi anak-anak muda dalam melahirkan lebih ramai hafiz dan hafizah yang berjaya seperti beliau.

Walau bagaimanapun, bidang hafalan kitab suci ini memerlukan banyak komitmen dan pengorbanan yang sangat tinggi.

Bukan itu sahaja, mereka harus menjaga diet pemakanan yang ketat, juga perlu mengurangkan tumpuan atau mengalihkan perhatian mereka daripada perkara-perkara yang ‘lagha’ dan melalaikan.

Hal ini dilakukan oleh mereka bagi memudahkan proses hafalan mereka lebih lancar.

Misalnya, segala aktiviti yang berbaur maksiat atau melanggar perintah Allah hendaklah dijauhkan sama sekali bagi tidak dicemari dengan bintik-bintik hitam yang mampu menganggu hafalan-hafalan ayat suci al- Quran daripada sampai ke kotak memori meraka.

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh Prof. Dr Zainur Rashid Zainuddin di laman Facebooknya, beliau mengucapkan tahniah kepada Ustazah Muda Iman atas kejayaannya mencapai tahap hafalan tertinggi hingga mendapat gelaran tersebut.

Beliau menjelaskan bahawa beliau sudah lama mengenali Iman dan menyatakan bahawa Iman merupakan seorang anak remaja yang hebat.

Sekadar info, Iman merupakan antara beberapa orang yang memegang gelaran ‘Syahadah Ula Al – Fateh’ pada usia yang muda.

Tambah beliau dalam perkongsiannya, Iman telah berjaya lulus atas semakan hafalan 30 juzuk al Quran oleh 4 orang pemeriksa dalam tempoh 17 jam.

Difahamkan, kini ustazah muda tersebut memiliki sanad tahfiz 30 juzuk al Quran yang melayakkan beliau untuk mengajar tahfiz di mana-mana negeri di seluruh Malaysia.

Dikatakan beliau turut memperoleh pangkat mumtaz iaitu 90 peratus dalam sanad hafazan 30 juzuk.

Anak muda berbakat yang bernama Iman ini merupakan bekas penyelia Ma’ahad Tahfiz al – Fateh, Batang Kali dan kini beliau menjadi jurulatih kepada lima orang pelajar Syahadah Ula di Ma’ahad Tahfiz Al- Fateh, Batang Kali.

 

Hantaran Facebook Prof. Dr Zainur Rashid Zainuddin: