Usap & Cium Batu Nisan, Anak Baru 2 Tahun Tak Sempat Bertemu Ayah Buat Netizen Sebak

Pemergian insan tersayang nyata mengundang rasa rindu yang tidak ada penghujungnya apatah lagi buat anak-anak yang masih merangkak untuk menerima takdir bahawa ibu atau bapanya telahpun pergi ke negara abadi.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang budak perempuan berumur 2 tahun seakan-akan faham jika ayahnya telah pun pergi meningalkan dunia.

Menerusi video yang dimuat naik oleh ibunya @puttiayu4, kelihatan dia panjat ke atas kubur ayahnya dan mencium batu nisan berulang kali sambil mengusap nama ayahnya yang tertera di batu nisan tersebut.

“Kadang aku Terfikir.. budak umur 2 tahun.. FAHAM ke dia akan situasi mcm ni? Ibu doakan ank2 ibu semua kuat SEMANGAT utk lalui hari mendatang.. simpan sini nnt fiska dah besar boleh tengok bila ibu takda nanti” ujar ibunya.

Difahamkan ayahnya jatuh sakit sewaktu dia masih di dalam kandungan ibunya 6 bulan dan ayahnya pergi menghadap ilahi setelah 6 bulan fiska di lahirkan bahkan dia juga tidak sempat untuk berjumpa dengan ayahnya.

“sy mengandongkan die dlm 6 bulan ayah dia jatuh sakit.. sy bersalin dia betul2 sehari lps kerajaan umum PKP 19/3/2020..dan lepas bersalin dia 6 bulan.. ayah dia meninggal dunia..” tulis wanita ini.

Dia juga turut menceritakan sewaktu suaminya meninggal, anak-anak meraung menangis mencari ayah mereka malah dalam masa yang sama dia sedang mengumpul kekuatan untuk mnerima segla takdir,

“Dari awal masok hospital sampai laaa meninggal.. tak pernah balik rumah.. MENTAL SY KOYAK.. ank2 menangis meraong tny mana ayah?? Bila nak balik? Dan sehari sebelum hospital panggil mintak izin nk stop semua ubat.. alhmdulilah 2 ank sy dibenarkan dtg jmp ayah nya di hospital.. cuma ayra fiska je xboleh. Sbb masih bby.. lg tambah dengan kobid..”

Kini, dia akui anak sulungnya menjadi ketua keluarga kerana melakukan macam-macam buat dirinya dan adik-adik yang lain. Lebih menyayat hati, anak sulungnya ini juga kerap tidur sambil memeluk bantal yang mempunyai gambar keluarga.

“yang dpat rasa kaseh syg ayah dia.. yg sulong ni laaa.. DIA LA KETUA KELUARGA sy.. semua benda dia buat.. kadang sedih jgk bila kenang.. Umur 9 tahun dah.. dia paling rapat dgn ayah dia.. Awal2 die kerap nanges.. tidur pun pelok bantal gamba family.. Alhmdulilah sekarang dia sangat2 membantu sy.. Dia pon dah faham yg dia ank yatim..

Sudah Jatuh Di Timpa Tangga

Anak keduanya pula disahkan ada malsah jantung dan kali teraikhir ayahnya menemaninya di Institut Jantung Negara adalah sebulan sebelum ayah jatuh sakit.


“Nama dia Muhammad firas aakif.. tp panggil dedek je.. Doc sah kan dia ada masalah jantung. Dr Hospital Banting.. tendang ke IJN.. last ayah teman masa sebulan sebelum ayah jatuh sakit.. Warded dlm smggu.. operation buat Ablation jantung dia. Mungkin sebab tu ayah dia penat sangat.. tak cukup tidur.. ulang alik dr Klang ke IJN”

Video yang tular di laman TikTok:

@puttiayu4Kadang aku Terfikir.. budak umur 2 tahun.. FAHAM ke dia akan situasi mcm ni? Ibu doakan ank2 ibu semua kuat SEMANGAT utk lalui hari mendatang.. simpan sini nnt fiska dah besar boleh tengok bila ibu takda nanti🥺 semoga ank2 ibu sentiasa dalam lindunganNYA..♬ original sound – puttiayu4

@puttiayu4 Reply to @_yusbiha ♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio

@puttiayu4 Reply to @acik_komengong ♬ original sound – puttiayu4

@puttiayu4 Reply to @0089saiful ♬ original sound – puttiayu4

@puttiayu4 Reply to @sanjennaa ♬ Tuhan Jaga Dia Untukku – Fiena