“Lain macam dia punya ilmu ni..” Aksi Pemuda Solat Di Atas Bumbung Surau Buat Ramai Hairan

Solat merupakan perkara wajib yang perlu dilakukan oleh semua umat islam dan tidak ada seorang pun terkecuali untuk melakukannya cuma ianya mempunyai beberpa kelonggaran buat mereka yang uzur seperti sakit dan wanita yang sedang dalam tempoh haid atau nifas.

Selain daripada alasan tersebut, perlulah kita menunaikan solat seperti yang diperintahkan dalam apa jua keadaaan sekali pun.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki kelihatan solat di tempat yang tidak sesuai mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @0muhfaris, dapat kita lihat orang ramai sedang solat secara berjemaah. Pun begitu, kelihatan seorang pemuda sedang kusyuk solat di atas bumbung surau yang tidak dikenalpasti dimana lokasinya.

Tidak tahu apa motif dan sebabnya, namun di ruangan komen ada yang mengatakan mungkin dia solat di atas bumbung kerana sukar untuk masuk disebabkan ramai orang atau pun sudah penuh.

Video yang tular di laman TikTok:

@0muhfaris Balas @raditcodot36 ♬ suara asli – MF

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.1M tontonan 145.9K tanda suka, 4858 komen dan 6201 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen juga bingung mengapa lelaki tersebut bertindak untuk solat di atas bumbung sedangkan dalam islam juga kita diperintahkan untuk menjaga nyawa dan tidak melakukan perkara yang boleh memudaratkan diri sendiri.

Netizen juga risau jika berlaku apa-apa sewaktu dia sedang solat malah ada yang berseloroh mungkin dia tidak mahu diganggu ketika sedang solat dan betul-betul mengikut pepatah ‘solat walau dimana jua anda berada’.

Bagaimanapun, sehingga kini tidak ada yang mengetahui hukum sebenar perkara tersebut namun selagi saf boleh dirapatkan maka rapatkan lah saf kerana itu lebih afdhal dan sebaik-baik solat berjemaah.

Antara komen netizen:

“aku rasa full sebab sampai keluar tu..”

“yang oenting kusyuk..”

“yang penting tak kena kecau dengan orang..”


“lain macam dia punya ilmu ni..”

“cara mendekatkan diri dengan tuhan..”