“Unsung Hero” Sanggup Gadaikan Nyawa Demi Bantu Mangsa Banjir, Tindakan Abang Salleh Undang Perhatian Netizen

Sejak kebelakangan ini, musim hujan lebat semakin kerap melanda di beberapa negeri sehingga mengakibatkan banjir di sesetengah kawasan.

Iospital phone repair gombak

Penduduk setempat yang terkesan akibat banjir harus ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), bagaimanapun ianya memerlukan bantuan beberapa pihak akibat kesukaran yang dialami setelah ditenggelami banjir.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini di mana seorang lelaki kelihatan sedang menahan arus banjir dengan tali yang telah diikat demi membantu mangsa banjir lain di PPS untuk mendapatkan bekalan makanan telah meraih perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok @zurainiswarno itu, lelaki tersebut yang dikenali sebagai ‘Unsung Hero Abang Salleh’ dapat dilihat memegang tali yang telah dihubungkan sambil membawa makanan di tangan sebelahnya.

Difahamkan jalan yang menghubungkan PPS Sekolah Menengah Chaah di situ terhalang daripada jalan luar kerana telah ditenggelami air beserta arus yang sangat kuat akan tetapi itu tidak menjadi penghalang buat abang Salleh.

Paras air yang semakin meningkat hingga ke paras pinggang membuatkan Abang Salleh terpaksa membatalkan niatnya untuk merentasi ke kawasan PPS itu.

Bahkan, dapat dilihat dirinya sendiri hampir hanyut ‘dipukul’ arus yang sangat kuat apabila cubaan naik ke tempat selamat gagal.

Pemilik video yang merupakan anak kepada Abang Salleh menyatakan bahawa dia sempat menghubungi kakaknya bertanyakan keadaan ayah mereka yang sudahpun terbaring keletihan.

Melihat ke ruangan komen, orang ramai kagum melihat pengorbanan yang dilakukan Abang Salleh dan menitipkan doa agar segala urusan dipermudahkan dalam menghadapi musibah banjir.

Antara komen netizen:

“Ya Allah takut ya tengok . Semoga yang terlibat semua ya selamat amin”

“semoga Allah memberikn ganjaran atas kebaikan yg Ayah awk lakukan dik .. aamiin”


“need to put the items in a proper bag….Allahu semoga dipermudah segala urusan awak semua. rawan hati saya melihat keadaan mereka yang diduga….”

Video TikTok yang tular:

@zurainiswarno Unsung Hero Abg Salleh . Sampai muka pun tak berdaya nak bertahan kat arus tu utk bg bantuan makanan org2 kat PPS . Dari air parat betis sampai dah paras pinggang . Arus kuat sangat 😭 Allaahhuuu 😭 #Chaahbanjir #KgJawaBaruChaah #banjir2023 #johordarultakzim🔴🔵 ♬ Instrumen Sedih – Yuda pratama

@zlhairieeee Replying to @zlhairieeee ♬ Instrumen Sedih – Yuda pratama