Scene Bersama Azhan Rani Bertukar Tragedi, Fasha Patah Tulang Mata Kiri Gara-Gara Terhentak Bucu Katil

Siapa tidak kenla dengan pelakon popular lagi berbakat iaitu Fasha Sandha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan. Penglibatannya dalam dunia lakonan sememangnya tidak disangkalkan. Berilah watak apa sekali pun, pasti menjadi. Dari antagonis hingga ke scene sedih seakan teraniaya, pasti dia boleh bawa.
Iospital phone repair gombak
Pun begitu baru-baru ini tular dimana da terpaksa dikejarkan ke sebuah pusat perubatan pakar di Johor Bahru, Johor pada Rabu akibat mengalami kecederaan di bahagian mata kirinya.

Difahamkan mata aktres berusia 39 tahun itu cedera dipercayai akibat terjatuh ketika menjayakan salah satu babak di set penggambaran drama berjudul Anak Tuan arahan Along Kamaludin.

Memetik laporan mStar, asha cedera selepas mata dan kepalanya terhentak di bucu katil yang tajam ketika menjayakan babak bersama pelakon Azhan Rani.

Video yang dikongsi turut menunjukkan, Azhan menarik rambut Fasha dari tangga sebuah rumah sebelum menolaknya dan kemudian kepalanya terhentak di bucu katil berkenaan.

“Fasha sedang berehat secukupnya kerana mengalami kecederaan akibat terjatuh di set penggambaran pada 1 Mac lalu.

“Mata dan kepalanya terhentak di bucu katil yang tajam. Tulang mata kiri patah dan bebola mata bengkak serta berdarah.


“Mohon jasa baik peminat untuk mendoakan Fasha, tulis kenyataan berkenaan.

Dapat kita lihat juga menerusi video tersebut dimana Fasha Sanda tidak dapat menahan kesakitan sehingga menangis malah kedengaran juga suara Azhan memohon maaf selepas kejadian itu.

Dalam pada itu, kenyataan itu turut menyebut, Fasha akan dipindahkan ke sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada Khamis bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Fasha seorang yang kuat semangat dan komited dalam kerjaya. Pihak produksi telah memohon maaf kepada Fasha dan keluarga.

“Tidak ada sesiapa yang harus dipersalahkan kerana kemalangan terjadi di luar jangkaan,” ujarnya.

Pekongsian yang tular:

@nurfashasandha

Dari semalam telefon kakak tidak berhenti berdering, Disini sy ingin membuat sedikit update tentang kakak. Maaf kakak sedang rehat secukupnya. Kakak mengalami kecederaan akibat terjatuh ketika berlakon di set pengambaran drama Anak tuan TV3 pada 1 mac (pagi semalam). Mata dan kepalanya terhentak di bucu katil yang tajam. Tulang mata kiri patah dan bebola matanya kirinya berdarah dan dan sedang dirawat di Hosp pakar di Johor Bahru. Insyaallah akan berpindah ke Pakar KL petang ni atau esok pagi. Memohon jasa baik peminat dan keluarga untuk mendoakan kesihatan kakak. Seperti yang ramai tahu kakak seorang yang kuat semangat dan komited dalam kerjayanya. Sy yakin kakak kuat. Pihak produksi telah memohon maaf diatas perkara ini kepada Kakak dan keluarganya. Kata kakak, Tidak ada sesiapa yang harus dipersalahkan kerana kemalangan ini terjadi di luar jangkaan kita.. Insyaallah sy akan update lagi perkembangan dari semasa ke semasa. Terima kasih

♬ Astagfirullah Robbal Baroya – Maria Ulfah Elkamiel