Undur Sampai Langgar Kereta Belakang, Reaksi Owner Kereta H Jadi Perhatian Netizen

Walaupun bila kita dh pandu dengan sangat cermat dan berhemah namun kemalangan masih boleh berlaku dek kerana sikap cuai orang lain.

Sudah tentu kita berasa marah dengan sikap segelintir individu yang tidak peka.

Sama dengan rakaman dashcam yang tular baru-baru ini yang dimuat naik Khaier Amran di Facebook memaparkan kenderaannya dilanggar oleh sebuah kenderaan yang berada di hadapannya ketika mereka menghadapi kesesakan lalu lintas mencuri perhatian ramai.

Menerusi video tersebut, Dapat dilihat, kenderaan jenis Honda Civic yang berada di hadapannya mengundur secara tiba-tiba.

Dalam keadaan masih terkejut, owner Honda tersebut yang juga merupakan seorang wanita keluar dengan muka ketat dan hanya melihat kenderaannya.

Turut tular di Twitter, rata-rata warga netizen bengang dengan sikap biadap wanita itu yang langsung tidak mengucapkan kata maaf dan hanya berlalu pergi seolah-olah dia yang dilanggar.

Meninjau di ruangan komen rata-rata warga netizen berang dengan sikap wanita tersebut yang membuat muka tidak puas hati seperti dia yang menjadi mangsa.

Antara komen warga maya:

Video yang tular di laman Facebook & Twitter: