Connect with us

Viral

Rakaman King Langgar Pokok ‘Kelapa Sawit’ Sampai Tumbang Jadi Perhatian Netizen


Jika menjengah di media sosial sebelum ini, pelbagai jenis kemalangan dapat kita lihat yang membabitkan kenderaan jenis Perodua Myvi, dari sekecil-kecil kemalangan hingga lah sebesar-besar kemalangan.

Ada yang terbang, masuk longkang, masuk ke dalam parit, sondol Hilux, rempuh divider malah ada juga yang terbabas ke atas permukaan bukit kecil di tepi jalan sehinggakan kenderaan ini dipanggil ‘King Of The Road’.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini, kelihatan kenderaan ini membuat ‘comeback’ dengan melanggar pokok kelapa sawit di tepi jalan mencuri perhatian ramai.


Menerusi video yang dimuat naik oleh @zairuleizam, kelihatan satu rakaman dashcam di sebuah jalan raya yang tidak dikenal pasti.


Dapat kita lihat Myvi tersebut hilang kawalan dan masuk ke jalan yang bertentangan selepas melanggar sebuah pokok kelapa sawit.


Myvi yang teruk remuk di bahagian depan itu bagaimana pun memberhentikan kenderaan di tepi ekoran terkejut dengan apa yang berlaku.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen meninggalkan komen-komen yang mampu membuatkan ramai berdekah.

“Mat aku pernah try tolak guna Hitachi punya susah tanggal, Myvi dia main sodok je” – Netizen

Ada juga yang mengatakan bahawa dia pernah menolak pokok kelapa sawit menggunakan excavator hitachi namun pokok tersebut masih tidak boleh ditumbangkan.

Antara komen warga maya:

“marahkan subsidi minyak pon jangan la pokok disalahkan”

“new jobs for Myvi unlocked”


“video ni bakal jadi collection “myvi buat hal apa harini””

“Myvi achivement of the year”

“pergi macam takde pape yang berlaku”

“benda ni memang biasa jadi lagi2 myvi.. tak ada yang pelik”

“sikit lagi nak baca khutbah”

“myvi tak salah, pokok yang salah, king tak pernah salah”

Video yang tular:

@zairuleizam King #myvi #dashcam ♬ GLIMPSE OF US VERSI SUNDA – LUQ_MUSIC

@zairuleizam Reply to @syafiqahlarza_ Antara tips FYP adalah bagi salah nama pokok. Take note ya semua. #dashcam #myvi ♬ Setakat ini yang saya tahu Saya tak tahulah – ™

@zairuleizam Reply to @ibnurazali Sebelum Joji tu claim lagu dia. Baik aku post original sound. #myvi #dashcam #shahalam #myviking ♬ original sound – ZAIRUL Storyteller

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2022 YOY Network. Part of YOY Group Sdn.Bhd. (1462891-P)