“Ummi rindu nak..” Bayi 7 Bulan Kritikal Dihempas Pengasuh, Ibu Luah Rasa Sedih

Ibu mana yang tidak sayangkan anak yang telah dikandung 9 bulan 10 hari dengan penuh kasih sayang.

Siapa sangka orang yang dipertanggungjawabkan menjaga anak kecilnya semasa dia dan suami pergi bekerja, rupanya telah mendera anaknya dengan begitu kejam.

Beberapa hari yang lalu, kecoh di media sosial tentang seorang bayi berusia 7 bulan berada dalam keadaan kritikal selepas didapati dihempas ke lantai oleh pegasuhnya.

Kejadian yang menyayat hati itu telah membuatkan anak kecil itu mengalami pendarahan dan keretakan di bahagian tempurung kepalanya.

Menurut ayah kepada bayi tersebut, dia telah menghantar anaknya pada jam 7 pagi dalam keadaan yang sihat dan aktif, namun dia telah mendapat panggilan dari pengasuh tersebut pada jam 2.35 petang untuk mengambil anaknya dan mendakwa anak kecil itu terjatuh dari ‘baby walker’.

Apabila tiba di rumah pengasuh tersebut, dia mendapati anak lelakinya mempunyai kesan bengkak di kepala dan segera membawa anaknya ke hospital.

Disebabkan hal itu, doktor mendapati anaknya Raid Hazim mempunyai keretakan di bahagian tempurung kepala.

Ibu kepada Raid Hazim telah meluahkan rasa kesal dan terkilan kerana menghantar anaknya ke pengasuh tersebut walaupun sudah beberapa kali melihat anaknya menangis setiap kali dihantar seperti tidak mahu ditinggalkan.

Menurut ibunya , akibat dari deraan itu anak lelakinya mempunyai darah beku dikepala dan mempunyai risiko untuk dikeluarkan serta anak kecil itu harus ditidurkan buat sementara waktu.

 

Meskipun suspek telah ditahan oleh pihak polis, sehingga hari ini ibu mangsa tidak berhenti meluahkan rasa sedih dan kesal di akaun Facebook kerana memberi orang lain menjaga anaknya.

“Ya allah ya tuhanku kau kuatkanlah aku, kau tabahkanlah aku ya allah kau redhakan la hatiku untuk terima semua ujian mu . Sesungguhnya aku tidak kuat melawan ya allah.”

“Andai kau panjangkan umur anakku kau angkatlah segala sakitnya supaya dia tidak menderita. tetapi andai sebaliknya kau tabah dan kuatkanlah hatiku ya allah.

“Ya tuhan yagn maha penyembuh aku serahkan anakku raid hazim padamu untuk kau jaga untuk kau rawat untuk kau sembuhkan”


Walau bagaimanapun, Eyna juga mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang membantu dan mendoakan anaknya Raid Hazim agar sedar dari tidur.

Menerusi hasil siasatan polis, wanita tempatan yang mengasuh anaknya itu dipercayai menghempas anaknya itu sebanyak 2 kali, kerana hanya disebabkan marah apabila bayi malang itu tidak berhenti menangis.

Kekasaran itu dihentikan selepas menyedari Raid Hazim tidak sedarkan diri.