[VIDEO] Nafi Buat Kerja Polis, Firdaus Wong Bersumpah Tiada Masalah Dengan Pendakwah Terkenal

Pendedahan isu gangguan seksual dari seorang pendakwah bebas masih belum dapat dirungkai sehingga kini, namun semakin hari semakin banyak dakwaan yang dilaporkan.

Susulan dari pendedahan video sumpah laknat dari seorang pemuda yang dimuat naik oleh pendakwah bebas iaitu Ustaz Firdaus Wong Wai Hung dan mendakwa mempunyai kaitan dengan seorang pendakwah popular.

Ustaz Firdaus Wong Wai Hung menerima pelbagai kecaman daripada warganet.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Firdaus Wong Wai Hung (@firdauswong)

Tampil mempertahankan diri, Ustaz Firdaus Wong bersumpah bahawa dia tidak mempunyai masalah peribadi dengan pendakwah popular itu malah dia turut memuji kebaikan yang dilakukan pendakwah itu walaupun dia juga mengenali pendakwah itu dari media soial sahaja.

“Tidak ada isu peribadi yang timbul malahan saya telah memuji kerja-kerja kebaikan yang dilakukan beliau. Saya juga seperti anda. Saya mengenali beliau menerusi gerak kerja di media sosial.”

Katanya, apa yang dilakukan olehnya itu bukanlah untuk menyebarkan aib namun ia adalah perkongsian daripada pihak mangsa untuk mencari sumber kekuatan akibat gangguan seksual tersebut.

Tambah Ustaz Firdaus Wong, keluarga mangsa telah dihina dan dikeji oleh netizen kerana berkongsi tentang hal itu padahal mereka hanya ingin mencari kekuatan kerana ketakutan dengan hal itu.

“Saya boleh berkata Wallahi bahawa apa yang dilakukan ini adalah apabila mangsa datang kepada kami. Bukan kami mencari aib, tetapi mangsa berkongsi kepada kami untuk mencari kekuatan.”

“Mereka dihina dan dikritik oleh netizen dan mereka tampil mencari kekuatan. Jikalau anda tidak dapat membantu mereka tidak mengapa. tetapi jangan mengeji.”

Di samping itu, Ustaz Firdaus Wong juga meminta orang ramai untuk berhenti mengeji jika tidak mahu membantu keluarga mangsa.

Dia juga turut meluahkan rasa syukur kerana ramai individu yang telah tampil dengan bukti-bukti yang ada dan meminta mereka melakukan laporan polis.

“Lantaran mengenai perkongsian kami, alhamdulillah ramai juga individu telah tampil dengan bukti-bukti mereka dan kami menasihati untuk membuat laporan polis.”

Hasil dari kecaman yang dilemparkan kepadanya, ramai yang mendakwa dia telah mengambil tugas polis kerana menyebarkan aib di media sosial. Namun menurutnya, dia hanya sokongan untuk keluarga mangsa mendapatkan keadilan.

Ustaz Firdaus Wong berkata, tindakan selanjutnya juga akan diambil tidak lama lagi.

“Ramai salah faham cakap kami ambil alih kerja polis. Tidak sama sekali! Tugas kami hanya sekadar sokongan kepada mereka untuk dapatkan keadilan. Insya-Allah kita nantikan tindakan selanjutnya.”

Terdahulu, isu gangguan seksual yang dipercayai melibatkan seorang pendakwah terkenal telah menjadi bualan hangat netizen sehinggakan beberapa video dan mesej lucah kini viral di media sosial.

Berikutan daripada itu, pihak polis juga mengesahkan bahawa satu kertas siasatan telah dibuka