[VIDEO] Rakaman Detik-detik Kepala Air Tiba-tiba Datang, Dua Orang Dilaporkan Maut

Semenjak dua menjak ini banyak kejadian yang berlaku di perairan pantai dan sungai. Bukan sahaja di dalam negara, malah di negara lain juga kejadian yang melibatkan kepala air tiba-tiba menyerang turut berlaku.

Dikala orang ramai keluar beriadah meluangkan masa bersama keluarga, siapa sangka kejadian yang meragut nyawa bakal berlaku kepada ahli keluarga mereka.

Baru-baru ini, tular di media sosial tentang seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dan kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dilaporkan terkorban dalam kejadian kepala air di sebuah air terjun Tinubdan di Cebu, Filipina.

Menurut laporan, tiga orang mangsa itu hilang setelah diserang oleh kepala air itu di Air Terjun Tinubdan di Barangay Tabili, bandar Catmon, Cebu pada pukul 01:01. Ahad, 26 September yang lalu.

Mangsa yang hilang ialah Jacel Alastra, 32 tahun, anak perempuannya, Putri, 7 tahun dan anak saudaranya Kent Junde Monterola, 17tahun.

Mereka termasuk di antara sekumpulan 17 anggota keluarga yang telah menyewa kotej untuk bersiar-siar di kawasan air terjun, tempat pelancongan yang terkenal yang terletak kira-kira 15 kilometer dari pusat bandar, kata Koperal Polis Gemar Arigo, penyiasat Balai Polis Catmon.

Walau bagaimanapun, mangsa pertama berusia 17 tahun berjaya ditemui kira-kira sepuluh jam kemudian, dan 14 kilometer daripada lokasi dia dilaporkan hanyut.

Sementara itu, mayat mangsa kedua yang berusia tujuh tahun pula ditemui pada 11.30 pagi pada keesokan harinya.

Namun begitu, individu berusia 32 tahun yang dilihat terperangkap di atas batu ketika arus semakin ganas, sehingga kini tidak dapat dipastikan.

Orang ramai yang terselamat ketika itu berjaya melarikan diri dari perairan yang deras setelah mereka terperangkap di batu-batu besar atau bertahan di tepi sungai tumbuh-tumbuhan sehingga bantuan datang.

“Air banjir tiba-tiba datang. Hujan turun di gunung, tetapi di mana mereka berada, tidak ada hujan. Mereka dihanyutkan begitu saja, ”kata saksi tempat kejadian.

Detik cemas dan ngeri itu sempat dirakam oleh kamera dron di lokasi kejadian. Dalam rakaman tersebut, kelihatan para pengunjung tidak menyedari bahaya yang menanti mereka sebelum arus besar datang dan menghanyutkan sebahagian dari mereka.

Arus sungai sehingga kini berlanjutan di kawasan itu, operasi mencari dan menyelamat berlanjutan sehingga matahari terbenam sahaja kerana terpaksa ditangguhkan kerana keadaan sudah gelap.

Video tular di laman Tiktok

@miizyeTragedi kepala air. Info berlaku di Cebu, Philipines pada 26 Sept. 4 mangsa masih hilang dalam tragedi ini♬ original sound – AzieHR