“Ular berkenaan duduk dalam kasut” Tangan Adik Iman Sufi Cedera Dipatuk Ular

Apabila masuk musim hujan dan ribut, ada pelbagai jenis haiwan yang akan mencari tempat perlindungan di persekitaran yang panas seperti di dalam rumah, kereta dan kasut termasuklah haiwan yang berbisa .

Oleh itu, orang ramai sentiasa dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dalam apa jua keadaan dan memastikan persekitaran berada dalam keadaan selamat.

Walaubagaimanapun malang bagi seorang kanak-kanak lelaki, Iman Sufi kini yang sedang dirawat di sebuah hospital selepas dipatuk seekor ular berbisa berwarna hitam.

Menurut satu perkongsian di Facebook, adik Iman Sufi dipatuk ular pada tangannya yang berada di dalam kasut.

“Mohon doakan adik Iman Sufi agar cepat sembuh kerana di patuk ular pada tangannya. Ular berkenaan duduk dalam kasut dan adik ini tak perasan,”

Adik Iman Sufi kini menerima rawatan di hospital.

Keadaan tangan adik Iman Sufi

Ular yang menyorok di dalam kasut.


Perkongsian tersebut telah menerima pelbagai reaksi netizen yang rata-rata mendoakan agar adik Iman Sufi segera sihat dan sembuh dari bisa ular tersebut.