[FOTO] Penduduk Sg Petani Cemas, Langit Bertukar Gelap Hitam Pekat Di Siang Hari

Sekitar Semenanjung Malaysia kini sedang mengalami cuaca yang kurang baik, hujan serta ribut petir.

Jabatan Meteorologi Negara turut mengeluarkan amaran penduduk berwaspada dan bersedia menghadapi cuaca buruk terutama menjelang petang.

Sekitar minggu lepas, kita telah dikejutkan dengan berita mengenai puting beliuang kecil yang telah melanda salah sebuah kampung di Jerlun, Kedah.

Kejadian itu telah mengejutkan penduduk kampung yang melihatnya dan bertindak melaungkan azan dan berharap tiada bencana melanda ketika itu.

Namun begitu, beberapa rumah telah dilaporkan mengalami kerosakan terutama di bahagian bumbung rumah dan beberapa pokok disekitar kampung berkenaan telah tumbang.

Sebentar tadi, beberapa kepingan gambar telah tular di laman sosial Facebook yang dikongsikan oleh Mohd Ashwan dan Siakap Keli.

Gambar yang dikongsikan lebih kurang 3 jam lepas olehnya memperlihatkan langit hitam pekat seperti malam dan bertukar menjadi gelap di sekitar Sungai Petani, Kedah.

Gambar tersebut turut mendapat reaksi orang awam dan penduduk sekitar Sungai Petani dan ada diantaranya turut berkongsi gambar di tempat lain di ruangan komen.

Jelas sekali keadaan itu menyebabkan ramai orang awam berada takut kerana sebelum ini tidak pernah mengalami kejadian seperti itu sebelum ini.

Rata-rata netizen turut berasa gerun dan berharap tiada bencana alam yang serius berlaku di tempat kejadian.


Mereka turut mendoakan kesejahteraan penduduk di sekitar Sungai Petani dan berharap tiada sebarang kerosakan dan kemalangan jiwa yang berlaku.

Rata-rata netizen meninggalkan komen supaya semua orang awam berjaga-jaga dan mengurangkan aktiviti di luar rumah ketika ini kerana cuaca tidak mengizinkan.