Tunai Umrah Bersama Suami, Ini Perkongsian Bella Dally Yang Menjadi Tumpuan Netizen

Hanya beberapa hari saja lagi seluruh umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan yang penuh berkat.

Pastinya semua tertunggu-tunggu untuk melaksanakan ibadah pada bulan Ramadhan yang mulia ini.

Tidak ketinggalan, bagi meraikan kedatangan Ramadhan, Bella Dally bersama suami telah berkunjung ke Tanah Suci bagi menunaikan umrah.

Pelakon cantik yang baru sahaja melangsungkan pernikahan keduanya ini sering berkongsi foto-foto semasa berada di Makkah .

Malah setiap foto yang dikongsikan lengkap dengan fakta dan ilmu buat para pengikut Instagram.

Mari kita lihat fot-foto yang dikongsikan oleh Bella Dally

Madinah al Munawwarah

Masjid Quba

Masjid Al-Nabawi

 

View this post on Instagram

 

Masjid Al-Nabawi ♥️

A post shared by Bella Dally (@belladally) on

Rata-rata para peminat memuji perkongsian dari Bella itu dan mendokannya dan suami mendapat umrah yang mabrur.

Sebelum ini, Bella Dally telah selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan iaitu Arif Izuddin dengan sekali lafaz pada hujung bulan Mac 2019.

Pasangan itu telah melangsungkan majlis pernikahan di Putrajaya kira-kira pukul 9.30 pagi yang dihadiri oleh kaum keluarga dan sahabat terdekatnya sahaja.

Semoga Bella dan suami dapat menunaikan ibadah umrah dengan sempurna dan selamat pulang ke tanah air.