[VIDEO] “Ingat Wany budak skema Ustazah, rupanya..” Gelagat Wany Hasrita Buat Diana Danielle Gelak

Siapa yang tak kenal dengan pemilik suara lunak, Wany Hasrita yang terkenal dengan lagu Menahan Rindu.

Pasti semua peminat tahu dengan gaya keayuannya yang sentiasa nampak lembut dalam apa jua yang dilakukan.

Namun di sebalik kelembutan itu, ternyata Wany Hasrita juga punyai perangai gila-gila.

Menerusi satu viddeo yang dimuatnaik oleh Diana Danielle di laman Instagram miliknya, Wani dengan selamba membuat muka ‘kesedapan’ makan ayam goreng.

Sedap sangat ayam ko Wany Dulu ingat @wanyhasrita budak skema. Kalau di kalangan kita dia digelar ustazah, skrg dah tercemar dgn perangai org sekeliling yg tak berapa reti nak husnuzon

Tapi muka sedap makan ayam dia tu melebihi nikmat normal. . We love u Wany, pls continue to make us laugh.

Thank u @dorennn._ sbb selalu capture moments

Wany sempat membalas usikan Diana dengan meninggalkan komen pada video tersebut.

Ayam tu serius sedap. Jd kita buat lah muka sedapppppppppp eh! Love you tooooooo lahhhhh.

Malah rakan artis yang lain turut meninggalkan komen.