“Anak dah dua tapi body macam anak dara” Instafamous Asyallie Jadi Tumpuan Peminat

Usahawan cantik dan juga Instafamous, Siti Syasya Rosaelmi ataupun lebih popular dengan nama Asyalliee menjadi tumpuan para peminat apabila memuatnaik gambar terbarunya di laman Instagram.

Asyallie yang mempunyai 2 orang anak itu kelihatan langsing walaupun baru saja habis berpantang.

Menerusi laman Instagramnya, Asyallie berkongsi foto terbarunya bersama anaknya di hadapan rumah.

I’m so proud to announce something special! Yes, you guessed it right. Helena is officially my newest bestie. 

Rata-rata netizen terkejut dengan perkongsiannya itu dan memuji bentuk badannya yang langsing bak anak dara.

BACA: Hilang 9Kg Hanya Dalam 10 Hari Pantang, Instafamous Ini Mahu Turun Hingga 50Kg!

Sebelum ini, Asyallie baru saja selamat melahirkan anak. Namun apa yang menarik perhatian para peminat adalah satu perkongsian dia di Instagram di mana Asyalliee mampu menurunkan berat badan 9Kg hanya dalam tempon 10 hari berpantang.

Malah dia juga menetapkan target untuk mencapai berat 50Kg apabila tamat masa berpantang nanti.

“Hari ni dah masuk ke 10 hari berpantang tapi saya sudah berjaya turun 9kg  Mana tidaknya, setiap hari saya berurut, bertungku, bersauna, mandi herba, makan makanan yang sihat sihat sahaja and pakai bengkung . Thank you to my CL kak ida dari @natalismothercare yang menjaga saya . Ada 34 hari lagi untuk berpantang, maknanya boleh la dapat berat 50kg balik ni  #Nakpergihospital”

Semoga perkongsian daripada ibu muda ini menjadi penguat semangat untuk ibu-ibu di luar sana untuk menjaga berat badan dan penampilan.