“Tumpang sayang anak orang,” 5 Tahun Kahwin Belum Ada Rezeki Zuriat, Suami Bahagia Asuh Anak Pegawai

Jom follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di YOY Network.

Memiliki anak selepas berkahwin adalah impian bagi setiap pasangan. Tidak kira sama ada dikurniakan bayi perempuan, lelaki atau kembar, kehadiran mereka pastinya mewarnai hubungan dan mengeratkan lagi ikatan suami isteri.

Namun realitinya bukan semua wanita mampu untuk hamil sebaik melangkah ke alam rumah tangga. Corak kehidupan hari ini memperlihatkan betapa ramai pasangan yang terpaksa menanti untuk memiliki zuriat sendiri.

Kisah ini boleh dikaitkan dengan pasangan suami isteri yang telah mendirikan rumahtangga selama 5 tahun tetapi belum dikurniakan zuriat seperti pasangan lain.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @queenofmyza_tcl, memaparkan kisah pasangan ini yang mengambil keputusan untuk mengasuh anak pegawai kerana belum dikurniakan zuriat setelah 5 tahun mendirikan rumah tangga.

Bagaimanapun daripada menghukum diri dengan bersedih lama, sebaliknya mereka berdua memperoleh satu nikmat yang cukup istimewa.

Difahamkan pada awalnya suami kepada wanita ini mencadangkan agar wanita ini mengasuh anak pegawainya lalu wanita ini bersetuju untuk mengasuh.

Susulan daripada itu, wanita ini lihat suaminya bahagia walaupun menumpang kasih sayang anak orang lain. Terlihat mereka menjaga anak pegawai itu bagaikan menatang minyak yang penuh.

Akhir klip video perkongsian ini dia juga tetap berdoa agar dia juga mempunyai rezeki zuriat seperti pasangan lain suatu hari nanti.

“Bila anak asuh kau dah macam anak kau sendiri tumpang sayang anak orang jee.. anak sendiri ntah bila..

“InsyaAllah suatu hari nanti akan ada juga zuriat buat kami berdua.. aminn ya rabbal alamin..” ujar wanita tersebut

 

Video yang tular di laman TikTok:

@queenofmyza_tcl insyaallah suatu hari nanty Aamin ya rabbal alamin#perjuanggarisdua #menantizuriatdariallah #bismillahfyp #thecrocslegacy #warkahcintatentera #armywife ♬ original sound – – Tik Toker

Ketika artikel ini di tulis, video tersebut telah meraih 97.7K tontonan, 7000 tanda suka, 780 komen dan 164 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen tumpang bahagia akan pasangan ini yang mengasuh dan menyayangi anak orang seperti anak mereka sendiri.

Bukan itu sahaja, ada juga para netizen berkongsi pengalaman serupa yang masih menanti zuriat seperti dialami wanita ini dan menitipkan doa agar mereka juga dikurniakan cahaya.

Antara komen para netizen:

Jom follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di YOY Network.