8 Tahun Menahan Rindu Tunggu Kepulangan, Anak Disangka Hilang Dibawa Ke Australia

Jom follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di YOY Network.

Berpisah atau berjauhan dengan insan tercinta amat perit lebih-lebih lagi jika mereka adalah darah daging sendiri. Tiada kata yang boleh diungkapkan betapa rindunya terhadap mereka.

Tak dinafikan, tiada seorang ibu atau ayah pun yang sanggup berjauhan dengan anak-anak namun kadangkala keadaan yang membuatkan mereka terpaksa berbuat demikian.

Begitulah yang terjadi kepada seorang ibu ini yang terpaksa menanggung rindu terhadap anak tersayang dan setelah lapan tahun, anak beranak ini akhirnya bersatu menarik perhatian netizen.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Instagram iaitu @aqmamarissadanish dikenali sebagai Akma, kelihatan dia sedang memeluk anaknya yang dipercayai baru pulang dari Australia setelah 8 tahun berpisah.

Menurut mStar, dia tidak mengetahui keberadaan anak sulungnya itu di Australia setelah berpisah bersama suaminya hampir 2 tahun. Anaknya berada di sana tanpa pengetahuan Akma.

Namun, mujur dia mempunyai rakan di Australia yang dapat menghubungi bekas suaminya itu dan mengetahui keberadaan anaknya.

Susulan daripada itu, setelah 8 tahun berhubung bersama anaknya melalui video call, anaknya memberitahu berita gembira yang dia akan menetap di Malaysia bersama Akma.

“Akhirnya selepas lapan tahun, dia balik ke Malaysia untuk menetap dengan saya. Masa dapat tahu dia nak balik Malaysia, saya menangis, melompat-lompat, seharian berfikir sebab gembira sangat.” – ujar Akma kepada mStar.

Justeru itu, Akma juga mengatakan tempoh 8 tahun terpisah dengan anak bukanlah fasa mudah untuk dilalui.

Video yang tular di media sosial:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Ketika artikel ini di tulis, video tersebut telah meraih 49.7K tontonan, 4944 tanda suka dan 41 komen di laman Instagram.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut sebak melihat adegan anak beranak itu yang akhirnya ketemu setelah bertahun lamanya.

Bukan itu sahaja, ada juga yang memuji ketabahan Akma menunggu anaknya pulang dengan mengatakan bahawa 8 tahun itu bukanlah masa yang sekejap.

Antara komen para netizen: