Tular Video Wanita Cantik Jual Pau, Rupanya Penyanyi Bienda “Ramai tanya adakah saya hidup susah..”

Baru-baru ini tular sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok yang memaparkan seorang wanita cantik sedang menjual pau kepada seorang lelaki di sebuah gerai di tepi jalan.

Di dalam video tersebut dipercayai dirakam oleh isteri kepada pelanggan lelaki tersebut yang sempat mengusik seolah-olah suaminya ‘terpikat’ dengan kecantikan penjual pau berkenaan.

Rupa-rupanya wanita cantik di dalam video berdurasi 28 saat itu ialah seorang selebriti yang dikenali sebagai Bienda yang kini menjalankan perniagaan pau di Jalan Kuching, Kuala Lumpur.

Video yang tular di TikTok:

@jimtoncet Support kak Cik ni & link below https://m.facebook.com/papapauJK/ owner nama Bienda Lavienda. #pau #fyp #jalankuching ♬ original sound – Nazim (Jim) Hilmi

Susulan video tular itu, penyanyi Bienda berkata ramai pihak menghubunginya kerana menyangka dia berdepan kesukaran hidup.

Memetik dari artikel mStar Online,  Bienda berkata status selebriti bukanlah penghalang untuk dia  mahu mencuba sesuatu yang baru. Ujarnya lagi, perniagaan tersebut adalah milik suaminya.

“Betul memang ramai yang menghubungi bertanyakan adakah sekarang saya hidup susah kerana berniaga pau di tepi jalan?

“Hidup saya masih seperti biasa lagi. Hanya mahu mencuba satu pengalaman baru dalam berniaga. Sebenarnya ini adalah perniagaan milik suami dan saya seronok menolong.

“Bukan hanya untuk diri sendiri malah saya juga dapat membantu peniaga kecil lain apabila mempromosikan perniagaan mereka,” ujarnya.

 

Dalam pada itu, Bienda berkata dia tidak menyangka perniagaan yang diusahakan sejak Disember tahun lalu mendapat sambutan, malah ada peminat yang jauh sanggup datang membeli.

“Tak sangka pula jualan pau ini sudah menjadi bualan ramai. Sebagai seorang selebriti ini adalah kelebihan yang boleh saya gunakan untuk tujuan promosi.

“Selain itu saya galakkan peminat yang berada di luar Kuala Lumpu untuk mencari rangkaian jenama pau ini di kawasan berhampiran mereka,” katanya.

Berdasarkan laporan media pada 2018, Bienda atau nama sebenarnya Nor Razlinda Razali bernikah dengan Kamarul Zariman Abdul Rahman pada 10 Oktober 2009 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.

Sumber: TikTok @jimtoncet, Instagram @biendalavienda